Monday 16 October 2023

PERBEZAAN SISWAZAH DAN GRADUAN

 
Perkataan “siswazah” dan “graduan” sering digunakan untuk merujuk kepada mereka yang telah tamat pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi.
 
Hakikatnya, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut berbeza.
 
Mengikut definisi dalam Kamus Dewan, graduan adalah mahasiswa atau mahasiswi yang akan menerima ijazah pada masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah). 
 
Manakala siswazah adalah orang yang telah lulus dalam peperiksaan terakhir universiti atau pusat pengajian tinggi.
 
Dengan kata lain, perkataan graduan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada siswazah yang berada di majlis konvokesyen.
 
Pada masa lain, mereka yang telah lulus pengajian di universiti dipanggil siswazah.

No comments:

Post a Comment