Thursday 14 September 2023

LADANG MUSANG KING TERBESAR DI MALAYSIA

 
Negeri Kelantan merekodkan sejarah baharu apabila memiliki ladang durian Musang King terbesar di Malaysia, berkeluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.
 
Ladang yang dimiliki Sindiyan Plantation Sdn Bhd (Sindiyan) telah menerima pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’ yang dinobatkan sebagai ladang durian Musang King terbesar di Malaysia. Majlis penyampaian pengiktirafan telah disampaikan pada 14 September 2023 di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang. Majlis telah dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan
 
Ladang milik Sindiyan Plantation Sdn Bhd (Sindiyan) itu dilihat mampu membawa nama Kelantan di pentas luar negara terutama Asia sebagai pengeluar utama Musang King pada masa hadapan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd, Datuk Anna Teo berkata, Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.
 
Projek tersebut dimulakan sejak tahun 2016. Usahasama Ladang Sindiyan dan Syarikat Hernan Corporation Sdn Bhd menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun.
 
Sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan durian, syarikat itu telah mengembangkan operasi di peringkat global untuk memenuhi permintaan durian di luar negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
 
Kelantan pengeluar utama musang king

No comments:

Post a Comment