Friday 1 September 2023

BODOHNYA BERGADUH DI MEDIA SOSIAL

 
Penglibatan manusia moden di media sosial sentiasa meningkat. Media sosial sudah dianggap satu keperluan dan bukan lagi “pilihan”. Masa kini, hampir semua orang yang mempunyai telefon pintar sudah pasti ada sekurangnya satu akaun sosial media.
 
Menurut rekod, sehingga kini terdapat lebih daripada 4 bilion pengguna sosial media di dunia, dan sudah pastinya ada banyak perangai berbeza yang boleh kita jumpa di media sosial.
 
Dapat dilihat, ramai yang suka bertelagah dan bergaduh hanya kerana isu yang dibincangkan tidak kena dengan pendapat mereka.
 
Menurut kajian oleh Royal College of Surgeons di Ireland, mereka yang suka bergaduh di sosial media ini sebenarnya menghadapi masalah emosi.
 
Ini adalah kerana, dalam dunia internet pengguna akan mengalami kekurangan deria kerana hanya terhad kepada apa yang ditulis individu itu sendiri.
 
Sekiranya berlaku perbalahan di sosial media, tidak ramai akan menggunakan fakta yang betul, sebaliknya hanya berdasarkan pengalaman sendiri atau orang terdekat, serta menjadikan ia sebagai medium untuk melepaskan emosi yang tersimpan.
 
Mereka ingin dipandang hebat dan betul selamanya. Apa yang ditulis itu mesti diterima oleh orang lain. Kalau ada yang membantah, maka dianggap sebagai “musuh” dan menjadi pihak yang perlu ditentang.
 
Keadaan itu menimbulkan perasaan marah yang berganda-ganda. Keadaan itu terbawa-bawa di luar dalam hubungan secara fizikal.
 
Justeru, elok sebarang bentuk pergaduhan di media sosial. Tambah-tambah lagi, yang terlibat itu saling tidak kenal mengenali. Bahkan, mengguna nama samaran tanpa gambar profile.
 
Bab kata seseorang, bergaduh dengan orang bodoh di sosial media ibarat bertumbuk dengan babi di dalam lumpur. Dua-dua akan kotor bergelumang dengan lumpur, dan babi sahaja yang gembira atau suka bergelumang dengan lumpur. Sebab itu, jika berasa diri sebagai manusia, jangan bergaduh di media sosial.

Jangan berdebat dengan orang bodoh

No comments:

Post a Comment