Monday 17 January 2022

Cara perhimpunan pelajar norma baharu

Akibat Covid-19, banyak perkara yang biasa dilakukan sebelum ini terpaksa diubah atau berubah. Inilah dinamakan norma baharu. Tidak terkecuali dalam melaksanakan perhimpunan pelajar.

Kalau biasanya perhimpunan pelajar dilakukan di dewan atau tempat terbuka dengan kedudukan rapat-rapat, kini ia perlu mematuhi penjarakan sekurang-kurangnya satu meter.

Kalau hendak penjarakan sekurang-kurangnya satu meter, tentu sekali memerlukan kawasan yang luas untuk menampung bilangan pelajar yang banyak.

Satu langkah bijak dilakukan oleh pihak sekolah ialah dengan kedudukan pelajar berada di depan kelas, di dalam kelas dan bahagian lain yang sesuai.

Manakala pihak guru atau pentadbir sekolah pula menggunakan pembesar suara yang mampu didengari oleh kesemua pelajar.

Biarpun ia tidak sesuai dinamakan perhimpunan, ia menepati tujuan perhimpunan iaitu sesuatu maklumat atau arahan disampaikan kepada semua pelajar secara serentak.

Semoga pentadbiran sekolah dan proses pembelajaran berjalan lancar biarpun ancaman Covid-19 masih belum dapat diatasi sepenuhnya.



No comments:

Post a Comment