Friday 3 June 2022

ABE DIN VAN JENAZAH BANTU ASNAF

 
Abe Din Van Jenazah memang telah dikenali ramai. Abe Din Van Jenazah atau nama sebenarnya Shamsuddin Mohd Yusof atau juga dikenali Ustaz Din memberi khidmat percuma kepada golongan asnaf.

Khidmat kemasyarakatan Abe Din turut bersama-sama dengan Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK). Selain membantu mengurus jenazah, Abe Din turut membantu PCAK mengenal pasti golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

Jangan terkejut jika Abe Din pergi ke rumah asnaf dengan kereta jenazah. Itu bukan tanda berlaku kematian, tetapi untuk menghulurkan bantuan kepada asnaf.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment