Sunday 29 May 2022

SEMOGA SAHABAT CEPAT SEMBUH

 
Kesihatan harta paling berharga. Kalau telah dijangkiti atau mengalami penyakit kronik, sebahagian nikmat hidup telah hilang. Pergerakan menjadi terbatas dan banyak perkara sukar untuk dilakukan atau langsung tidak mampu dilakukan.

Ketika itu, selain sokongan ahli keluarga, ambil berat atau cakna sahabat amat memberi erti. Datang bukan sahaja memberi kata-kata semangat, bahkan ada yang datang membawa sesuatu yang boleh memberi kebaikan atau keselesaan untuk membantu kembali pulih ataupun sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban musibah sakit.

Semoga kehadiran sahabat membawa seribu rahmat, memberi kekuatan dan harapan agar yang sakit cepat sembuh. Amin.

No comments:

Post a Comment