Friday 17 February 2023

SEJARAH MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

 
Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) ialah sebuah sekolah menengah agama terkemuka di Kelantan. Penempatan sekolah tersebut di Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan. 

Mahaad Muhammadi Perempuan berada di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sekolah ini menjalankan pendidikan multisistem atau lebih senang dikenali dengan istilah serampang dua mata dan mempunyai misi penting dalam menghasilkan intelektual berilmu agama di samping ilmu akademik yang membolehkan para pelajar berjaya di dunia dan akhirat.
 
Nama Maahad Muhammadi memang tidak dapat dipisahkan lagi daripada sejarah pendidikan dan penyebaran keilmuan di Kelantan khususnya dan Nusantara amnya.
 
Ia merupakan sebuah institusi pendidikan agama yang berpengantar Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri ini. Ianya telah mengeluarkan ribuan ulama, cendikiawan, negarawan, usahawan, teknokrat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya.
 
Permulaan sejarah Maahaad Muhammadi bermula pada 1 April 1937, bersamaan 20 Muharram 1365. Penubahannya dengan ampuni perkenan dan titah Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim
 
Cetusan idea penubuhannya oleh Tuan Haji Nik Yahya Bin Nik Daud sejak tahun 1935.
Sepanjang penubuhannya, Maahad Muhammadi pernah dikenali dengan beberapa nama:
- Al-Madrasah Al-Muhammadiah Al-Arabiah (1937-1942)
- Al-Madrasah Al-Arabiah Jame’ Merbau Al-Ismaili (1942-1956)
- Al-Maahad Al-Muhammadi Al-Qismu Al-Arabi (1956-1973)
- Al-Mahaad Al-Muhammadi (1973-1982)
- Al-Maahad Al-Muhammadi Lilbanin dan Al-Maahad Al-Muhammadi Lilbanat (1 Julai 1982)
 
Pada 1 Julai 1982 adalah satu lagi tarikh penting kerana terbentuk dua entiti berbeza apabila Maahad Muhammadi dipecahkan kepada dua bahagian, lelaki dan perempuan dengan ditadbir oleh 2 orang pengetua secara berasingan.
 
Maahad Muhammadi Perempuan kekal di bangunan di Jalan Merbau dan Maahad Muhammadi Lelaki pula dipindahkan ke Jalan Pengkalan Chepa mulai 15 Oktober 1983.

No comments:

Post a Comment