Monday 30 January 2023

SEKIRANYA NENEK TELAH TIADA

Hubungan kekeluargaan bertaraf sepupu biasanya terjalin kerana adanya nenek dan datuk. Ibu bapa kita akan balik atau datang ke rumah nenek dan kita akan ikut sama. Tidak kiralah semasa sambutan hari raya, kenduri kahwin dan tujuan lain.
 
Di rumah neneklah kita akan bertemu dengan bapa atau ibu saudara serta sepupu atau mungkin juga anak atau bapa sepupu.
 
Ketika itu peluang untuk bertemu sanak saudara yang jarang bertemu atau mungkin juga tidak pernah bertemu kerana tinggal jauh. Jangan terkejut ada yang tidak kenal bapa saudara, dan tentu tidak pelik jika tidak mengenali sepupu.
 
Jadi, ketika ada majlis pertemuan keluarga, ambillah peluang untuk hadir bersama. Hargai ketika peluang masih ada. 

No comments:

Post a Comment