Pengiklanan
adalah cara untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan. Tidak kisahlan
perniagaan itu secara dalam talian mahupun kedai biasa. Semuanya perlu kepada iklan
untuk melariskan jualan.
Salah
satu medium iklan ialah di media sosial, terutama di FB. FB menjadi lubuk iklan
yang paling berkesan kerana banyak orang aktif di laman sosial itu. Kajian menunjukkan
terdapat tidak kurang 17 juta akaun milik rakyat Malaysia di FB.
Untuk
beriklan di FB anda perlu ada akaun profile sendiri. Melalui akaun profile anda
boleh mencipta halaman (page) dan kumpulan (group).
Akaun
profile sepatutnya menggunakan nama sendiri. Pun, realitinya terlalu ramai yang
menggunakan nama palsu. Menggunakan nama palsu mungkin akan timbul masalah
apabila pihak FB minta agar dihantar dokumen bukti tentang diri.
Melalui
akaun profile kita boleh menghantar kepada akaun profile atau sahabat untuk menjadi
kawan. Begitulah sebaliknya orang lain boleh minta untuk jadi kawan anda.
Untuk
berjaya perkenalkan dan menjual produk melalui FB, kita perlu ada kawan
sekurang-kurangnya 2500 orang. Jadi mulalah add friend di FB.
Bagaimanapun, perlu diingatkan, jangan anda terlalu banyak kawan dalam sehari.
FB akan 'beri amaran' dan mungkin sekat akaun untuk beberapa ketika. Atau
mungkin FB akan minta dokumen pengesahan diri. Inilah masalah jika menggunakan
nama palsu.
Lepas itu, mula 'like' dan komen status kawan di FB. Tindakan ini penting agar
orang tahu kewujudan kita di FB. Bila kita puji seseorang (contohnya anak dia
comel), pasti mereka akan gembira. Ingat, lakukan dengan ikhlas. Jika kita
gembirakan orang lain, insyaalah, Allah pun akan bagi kegembiraan kepada kita.
Pada masa sama, aktifkan diri di FB. Selalu update di FB. Buatlah catatan atau
gambar untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Ini penting untuk memastikan orang
tahu kewujudan kita di FB.
Jangan malu hendak 'perkenalkan' diri sebagai pengedar atau penjual produk
berkenaan. Promosikan produk anda dalam aktiviti seharian anda. Ketahui
mengenai produk kerana mungkin bakal pembeli ingin mengetahuinya.
Sediakan
testimoni keberkesanan produk yang dijual itu. Kebanyakan syarikat menyediakan
'bahan' untuk disebarkan oleh agen atau pengedar. Kaedah salin dan tampal mudah
dilakukan.
Satu
perkara lagi, elok jika anda sendiri menjadi pengguna kepada produk berkenaan.
Dengan cara itu anda sendiri boleh jadi testimoni dan menyakinkan bakal pembeli
mengenai kualiti produk.
Sebarang
kebaikan produk perlu dikongsikan dengan orang lain. Dengan cara itu orang akan
mudah yakin, kerana kita sendiri sebagai testimoni kepada produk itu.
Selain akaun profile, anda boleh mengiklankan melalui halaman. Ini cara paling
berkesan dan ia telah direka oleh pihak FB untuk memperkenal dan memasarkan produk
dan perkhidmatan. Melalui halaman juga kita boleh membuat iklan berbayar yang
lebih mudah dan berkesan.
Namun,
iklan berbayar tentu memerlukan kos. Dah namanya berbayar. Pun begitu, jumlah
yang diperlukan dianggap kecil berbanding dengan pengiklanan di tv, radio mahun
akhbar. Dengan serendah RM10 sehari anda sudah boleh beriklan secara berbayar
di FB.
Halaman
boleh dicipta berdasarkan kepada nama produk atau syarikat. Jadi, orang mudah
kenal produk anda. Boleh juga menggunakan nama-nama lain yang dapat menarik
orang ramai.
Selain
halaman, satu lagi yang boleh dicipta ialah kumpulan. Nama kumpulan juga bebas
dipilih asalkan menepati aktiviti kumpulan itu.
Anda
boleh mencipta halaman atau menubuhkan kumpulan lebih dari satu. Jadi, mudah
untuk fokus kepada produk tertentu, terutama jika ada anda ada banyak produk
yang ingin dipasarkan.
Apa
pun, kepada mereka yang menggunakan medium FB untuk memasarkan produk, perkara
penting dilakukan ialah yakin dan istiqamah.
Jangan mudah menyerah kalah jika apa yang dilakukan tidak mencapai seperti apa
yang diharapkan. Teruskan usaha hingga berjaya. Elok juga jika berkongsi
pengalaman dengan mereka yang telah berjaya.