Tuesday 11 August 2020

UNTUNG PILIH POKOK KELADI HIASAN ADA UBI BESAR

Sekarang ini banyak orang yang minat tanam pokok keladi sebagai pokok hiasan. Banyak jenis pokok keladi yang bentuk dan daunnya cantik. Kelebihan pokok keladi ia mudah tumbuh.

Kepada yang baru berjinak-jinak dengan tanaman keladi hiasan, satu petua untuk ‘untung’ ialah dengan membeli pokok keladi yang sudah ada ubi atau isi yang besar.

Pokok keladi membiak dari ubinya. Jadi, kalau dapat ubi yang sudah besar, mudah ia mengeluarkan tunas yang baharu dan seterusnya membesar sebagai pokok baharu.

Bahkan, kalau membeli pokok keladi yang ada ubi besar, boleh dibelah kecil dan kemudian disemai. Insya-Allah lagi banyak pokok yang tumbuh.

Jadi, jika membeli pokok keladi, jangan tengok daunnya sahaja. Daun hanya ditengok untuk melihat jenisnya sahaja. Kalau nampak layu dan tidak segar pun tidak mengapa asalkan murah. Yang tidak segar boleh disegarkan semula.

Lainlah jika banyak wang, boleh beli yang segar dan besar pokoknya tanpa memikirkan tentang isinya. Tetapi ingat, yang segar pun boleh jadi layu dan mati jika tidak dijaga dengan betul.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment