Percakapan
juga seperti perbuatan yang melambangkan tahap keimanan seseorang. Orang beriman menjaga setiap tutur katanya
bagi mengelak perkara buruk akibatnya seperti mengumpat, menyebar fitnah,
mengeji dan berbohong.
Orang
yang bercakap perkataan tidak baik termasuk mereka yang tidak teguh
imannya. Mereka tidak dapat mengelak
diri daripada bercakap perkataan tidak baik sedangkan agama menyuruh berbuat
demikian.
Memandangkan
besarnya bencana berpunca daripada lidah, Rasulullah SAW menganjurkan agar sesiapa
tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata yang tidak baik, adalah lebih
baik dia mengamalkan sifat ‘mendiamkan diri’.
Perkara
ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesiapa yang
beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara yang baik atau
mendiamkan diri.” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari).
Kita
biasanya mudah tergelincir lidah mengeluarkan kata-kata bermaksud dan membawa
kesan buruk sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Maka itu, berdiam diri adalah pencegah kepada
melakukan dosa.
Individu
yang bisu tidak melakukan dosa berkaitan mulut atau lidah. Itu juga dikira satu rahmat, tetapi tentulah
kita tidak mahu menjadi bisu semata-mata untuk tujuan itu. Individu bisu sekadar tidak melakukan dosa,
tetapi tidak mendapat ganjaran pahala berkaitan menahan diri bercakap perkataan
buruk kerana semamangnya dia tidak boleh bercakap.
Sememangnya
berdiam diri adalah cara paling mudah, biarpun payah dilakukan, untuk
menyelamatkan diri daripada terlibat dengan fitnah, mengumpat dan berkata-kata
perkataan tidak perlu. Dalam hadis lain
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang diam, dia akan selamat.” (Hadis
riwayat Ahmad).
Individu
Muslim wajib diam atau mengelak diri daripada memperkatakan perkataan buruk.
Hadis diriwayatkan Abu Mansur ad-Dailami bermaksud: “Diam itu adalah suatu
hukum dan sedikitlah (orang) yang melaksanaknnya.”
Tidak
dinafikan kadangkala perkataan yang diucapkan tidak disengajakan. Jadi,
sekiranya telah terkeluar perkataan tidak baik, cepat-cepat bertaubat dan
mengaku kesalah diri. Adalah mulia orang
yang mengaku kesalahan dan ikhlas menarik balik keterlanjuran kata-kata.
Perkataan
hina dan memualkan adalah lambang keceluparan mulut dan kekotoran hati
pengucapnya. Kebiasannya, kata kasar dan
mencarut selalu digunakan ketika pergaduhan dan tuduhan melulu yang didorong
oleh perasaan dikuasai nafsu syaitan.
No comments:
Post a Comment