Ziarah kubur disyariatkan dalam agama Islam
kerana ia mempunyai hikmah, keutamaan dan manfaat bagi orang yang berziarah mahupun
orang mati yang diziarahi.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dulu aku
pernah melarang kalian untuk berziarah kubur. Namun sekarang ketahuilah,
hendaknya kalian berziarah kubur. Kerana ia dapat melembutkan hati, membuat air
mata berlinang, dan mengingatkan kalian akan akhirat namun jangan kalian
mengatakan perkataan yang tidak layak ketika berziarah.” (Hadis Riwayat Ahmad
(13487) dan al-Hakim (1393). Syeikh Syuaib al-Arnaut menyatakan hadis ini
sanadnya hasan)
Kita juga digalakkan untuk mendoakan si mati. Oleh kerana itu kita disuruh untuk memberi salam apabila masuk ke kawasan perkuburan.

Daripada Buraidah, Rasulullah SAW pernah mengajar sahabat apabila
mereka pergi ke tanah perkuburan untuk membaca: “Kesejahteraan ke atas kalian wahai
penduduk tempat ini daripada kalangan orang beriman dan Muslim. Sesungguhnya
kami, Insya-Allah, akan menyertai kalian. Aku memohon kepada Allah
kesejahteraan untuk diri kami dan diri kalian.” (Sahih Muslim (975))
Hikmah disyariatkannya ziarah kubur sebagaimana disebutkan di dalam hadis-hadis sahîh ialah:
- Untuk mengucapkan salam dan mendoakan kebaikan serta memohon ampunan kepada Allah bagi orang mati dari kaum Muslimin, agar mereka dibebaskan dari siksa kubur, dan diberi nikmat di dalam kubur.
- Untuk mengingat kematian dan kehidupan akhirat, sehingga tidak terlena dengan gemerlapnya kehidupan dunia yang fana.
- Dalam rangka melunakkan hati yang keras dan memadamkan kesombongan diri, dan lain sebagainya.
Manfaat dan hikmah tersebut dapat diperoleh oleh seorang Muslim bila saja dia berkeinginan melakukan ziarah kubur tanpa mengkhususkan hari dan kesempatan tertentu, dan di kuburan siapa saja dari kubur kaum muslimin.
Pun begitu, ada pendapat menyebut elok ziarah kubur pada Khamis, Jumaat dan Sabtu kerana roh berada di kubur pada hari berkenaan adalah bersandarkan kepada sebuah hadis sangat daif serta tiga athar tabii tabiin yang daif statusnya.
Adapun hadis yang sangat daif, iaitu hadis: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada kedua-duanya pada setiap Jumaat, nescaya ia akan diampuni dan ditulis sebagai anak yang berbakti."
Menurut Imam al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya': "Ia diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Saghir dan al-Awsat daripada hadis Abu Hurairah. Juga oleh Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab al-Qubur daripada riwayat Muhammad bin an-Numan yang menyandarkannya kepada Nabi SAW, sedangkan ia mudhal (gugur dua perawi secara berturut-turut). Muhammad bin an-Numan adalah majhul (tidak diketahui kelayakannya) dan gurunya pula di sisi al-Tabarani, Yahya bin al-'Ala' al-Bujali adalah perawi matruk (ditinggalkan riwayatnya)."
Athar tabii tabiin yang daif; pertama, athar seorang lelaki yang tidak disebutkan namanya daripada kalangan keluarga seorang tabii bernama Asim al-Jahdari (wafat 129H), dia bermimpi menemui Asim setelah dua tahun kewafatannya, beliau berkata: "Kami mengetahui ziarah kalian pada malam Jumaat, hari Jumaat seluruhnya dan Sabtu sehingga terbit matahari (sebelum syuruk)." (Riwayat Ibn Abi ad-Dunya dalam al-Manamat dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)
Kedua, athar Muhammad bin Was (wafat 123H), seorang tabii tabiin yang menyebut sanadnya secara tidak jelas (secara balagh) katanya: "Disampaikan kepadaku bahawa orang mati mengetahui orang yang menziarahi mereka pada hari Jumaat, juga sehari sebelumnya (Khamis) dan sehari selepasnya (Sabtu)." (Riwayat Ibn Abi ad-Dunya dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)
Ketiga, athar ad-Dhahhak (wafat 105H), juga seorang tabi tabiin yang berkata: "Sesiapa yang menziarahi kubur sebelum terbit matahari pada hari Sabtu, maka si mati mengetahui ziarahnya itu." Beliau ditanya: "Bagaimana terjadi demikian?" Jawabnya: "Kerana kedudukan istimewa hari Jumaat." (Riwayat Ibn Abi ad-Dunya dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)
Meskipun athar ini tidak dapat dijadikan sandaran hukum sebagai hujah tentang roh berada di kubur pada waktu itu sahaja, namun ia dimasukkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan Imam al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumiddin sebagai iktibar dalam aktiviti ziarah kubur.
Imam Ibn al-Qayyim dalam Zad al-Maad dan Imam as-Suyuti pula dalam al-Lum'ah fi Khasa'is Yaum al-Jumu'ah menjadikan athar itu termasuk dalam keistimewaan atau fadilat Jumaat.
Malah, kata Ibn al-Qayyim: "Sesungguhnya roh orang mati akan mendekati dan datang ke kubur mereka pada Jumaat. Maka, mereka akan dapat mengenali orang yang menziarahi, melintasi, memberi salam dan menemui mereka pada hari itu lebih banyak daripada mengenali mereka pada hari yang lain. Justeru, ia hari bertemunya orang yang hidup dan orang yang mati."
Ringkasnya, hadis yang menyebut Jumaat sahaja itu sangat daif. Athar daif itu pula menambah hari Khamis atau malam Jumaat serta Sabtu atau pagi Sabtu sebelum terbit matahari.
Sesungguhnya, pendapat tentang keutamaan menziarahi kubur pada Khamis, Jumaat dan Sabtu tidak disandarkan kepada hadis Nabi SAW, tetapi memadai disebut sebagai saranan ulama sahaja kerana berdasarkan dalil yang tidak kuat.
Justeru, kata Imam al-Qurtubi dalam at-Tazkirah: "Dikatakan, roh akan menziarahi kuburnya pada setiap hari Jumaat secara berterusan. Kerana itu, digalakkan menziarahi kubur pada malam Jumaat, hari Jumaat dan pagi Sabtu sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama."
Berkata Syeikh Abdul Rahman Al-Jaziri pula: “Asalnya ziarah kubur itu disunatkan kerana mengambil pengajaran dan mengingatkan kepada hari akhirat. Dan bersangatan lagi dituntut pada hari Jumaat, iaitu sehari sebelumnya dan sehari selepasnya di sisi mazhab Hanafi dan Maliki dan telah bersalahan oleh mazhab Hanbali dan Syafie iaitu ulama mazhab Hanbali berkata dengan tiada kelebihan satu hari atas hari yang lain dan ulama mazhab Syafie berkata lebih disunatkan ziarah itu mula dari waktu asar hari Khamis hinggalah naik matahari hari Sabtu dan inilah pendapat yang kuat dalam mazhab Maliki.” (Kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah)

No comments:
Post a Comment