Sesudah solat Jumaat aku masih duduk di
masjid berhampiran sebuah sekolah rendah agama. Jemaah masjid sudah sepi, balik
dengan hal masing-masing.
Seorang nenek tua menjual kuih tradisional
menawarkan jualannya. Satu plastik harganya satu ringgit. Aku sebetulnya
tidak berminat, tetapi kerana kasihan, aku beli satu plastik.
Si nenek penjual kuih kelihatan letih dan
duduk di tangga masjid tidak jauh dariku. Kulihat masih banyak jualannya.
Tak lama kemudian, kulihat seorang murid
mendatangi si nenek. Aku kira murid ini baharu darjah satu atau dua.
Dialog murid itu dengan si nenek jelas
terdengar dari tempatku duduk.
Murid: “Berapa harganya nek?”
Si nenek: “Satu plastik kuih 1 ringgit,
nak”
Murid itu mengeluarkan wang lima ringgit
dari sakunya.
Murid: “Saya beli 5 plastik, ini duitnya.
Kuih ini saya sedekahkan kepada nenek. Nenek boleh jualkan kepada orang lain.”
Nenek tua jelas sekali terlihat
berkaca-kaca air matanya.
Nenek: “Ya Allah syukur dan terima kasih ye
nak. Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah kabulkan doaku untuk membeli ubat
cucuku yang sakit.”
Si nenek meneruskan jualannya.
Lantas aku memanggil murid tadi.
Aku: “Siapa namamu? Darjah berapa?”
Murid: “Nama saya Puaad, darjah 2, pakcik”
Aku: “Wang belanja kamu sehari lima
ringgit, ye?'”
Murid: ”Oh .. tak pakcik, saya diberi
belanja 1 ringgit sehari. Tapi saya tidak pernah belanja, sebab saya bawa bekal
dari rumah.”
Aku: “Jadi duit kamu bagi nenek tadi
simpanan kamu sejak hari Isnin?”
Murid: “Betul pakcik. Jadi setiap Jumaat
saya boleh sedekahkan lima ringgit."
Kata murid itu lagi, "Dan sesudah itu
saya selalu berdoa agar Allah berikan pahalanya untuk ibu saya yang sudah
meninggal dunia. Saya pernah mendengar ceramah ada seorang ibu yang Allah
ampuni dan selamatkan dari api neraka kerana anaknya bersedekah sekeping roti,
pakcik”
Aku pegang bahu murid itu.
Aku:”Sejak bila ibumu meninggal, Puaad?”
Murid: “Ketika saya masih tadika, pak cik”
Tak terasa air mataku mengalir.
Aku: “Hatimu jauh lebih mulia daripada pak
cik. Ini pak cik gantikan duit kamu yang lima ringgit tadi ya,
Tapi dengan sopan Puaad menolaknya dan
berkata: “Terima kasih, pak cik… tapi ini untuk keperluan pak cik, saya masih
sekolah dan tidak ada tanggungan… tapi pak cik ada keluarga…. saya pergi dulu
pak cik”.
Puaad menyalami tanganku dan menciumnya.
“Allah menjagamu, nak ..”, jawabku sedih.
Aku pun beranjak pergi, tidak jauh dari
situ kulihat si nenek penjual kuih ada di sebuah kedai ubat. Bergegas aku ke sana,
kulihat nenek membayar duit untuk ubat yang dibelinya.
Aku bertanya kepada penjua berapa harga
ubatnya. Penjual menjawab: ”Empat ringgit”
Aku serahkan wang yang ditolak oleh Puaad
tadi kepada pejual: ”Ini saya yang bayar… kembalikan duit dan berikan kepada
nenek ini..”
Aku bergegas untuk melanjutkan perjalananku
lagi. Dalam hati aku berdoa semoga Allah menerima sedekahku dan ampuni kedua
orang tuaku yang sudah meninggal serta anak-anakku yang sedang menuntut ilmu.
Saudara-saudaraku..... adakalanya seorang
anak lebih jujur daripada orang dewasa. Ajarkanlah anak-anak kita dari kecil
tindakan yang perlu dilakukan dan bukan teori semata-mata.
No comments:
Post a Comment