Semua orang tahu cermin mata atau kaca mata dipakai
di mata atau di hadapan mata. Cermin mata dipakai untuk membantu penglihatan
menjadi lebih jelas, pelindung mata atau untuk pelindung daripada sinaran ultralembayung
(sinaran UV).
Jenis kecacatan penglihatan ada dua iaitu
rabun jauh dan rabun dekat. Ada individu hanya mengalami satu jenis rabun
sahaja iaitu sama ada rabuh jauh atau rabun dekat. Pun begitu, ada juga
mengalami kedua-dua jenis rabun.
Justeru, pemakaian kaca mata bergantung
kepada jenis masalah penglihatan. Sebab itu kita melihat individu memakai kaca
mata hanya pada masa tertentu sahaja.
Contohnya, individu mengalami masalah
penglihatan rabun jauh hanya akan memakainya dalam keadaan biasa, tetapi tidak
perlu ketika membaca. Sebab itu, ketika hendak membaca dia akan membuang kaca
mata atau diletak di atas dahi.
Cermin mata moden lazimnya mempunyai
pelapik pada hidung dan tangkai diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula
termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata
gunting.
Bingkai cermin mata biasanya dibuat
daripada logam atau plastik. Kanta pada asalnya dibuat daripada kaca, tetapi
kini ia dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam. Bahan-bahan ini
mengurangkan bahaya retakan berbanding kanta kaca. Sesetengah plastik juga
mempunyai lebih banyak ciri-ciri optik lebih menguntungkan daripada kaca,
seperti penghantaran cahaya tampak lebih baik dan penyerapan lebih besar cahaya
ultralembayung.
Sesetengah plastik mempunyai indeks biasan lebih
besar daripada kebanyakan jenis kaca; ia berguna dalam pembuatan kanta
pembetulan dibentuk untuk pelbagai ketaknormalan seperti rabun jauh.
Kanta plastik yang lebih baharu, dipanggil
izon, boleh juga memperbetul peringkat lebih tinggi yang sepatutnya terdapat
dalam permukaan mata manusia. Kanta ini mewujudkan penglihatan lebih tajam
untuk orang ramai yang mempunyai masalah penglihatan dengan membantu melihat
dengan jelas.
No comments:
Post a Comment