Penubuhan
Askar Melayu bermula apabila Majlis Undangan Persekutuan pada 23 Januari 1933
meluluskan Enakmen No.11. Enakmen ini juga dikenali sebagai Enakmen Rejimen
Askar Melayu kerana ia membawa kepada penubuhan Kompeni Percubaan Askar Melayu.
Enakmen
No.11 yang diluluskan ini adalah hasil usaha beberapa orang pemimpin Melayu
antaranya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan; Tuanku Muhamad Ibni Almarhum Yam Tuan Antah, Sir Raja Chulan (Raja di
Hilir Perak) dan Dato’ Abdullah Hj. Dahan (Undang Rembau).
Rejimen
percubaan Askar Melayu yang ditubuhkan melalui Enakmen No.11 ini bermula dengan
pengambilan 25 orang rekrut daripada lebih 1000 orang anak Melayu yang memohon.
Mereka
kemudian dilatih di Port Dickson di bawah Pegawai Pemerintahan Mejar General
Mills Bruce.
Enakmen
ini juga mengandungi perkara-perkara mengenai disiplin dan peraturan-peraturan
Rejimen Melayu.
Antaranya
pada Bahagian Pertama Enakmen ini mengandungi 56 perkara mengandungi soal
disiplin seperti perbuatan jenayah, melarikan diri, tidak hadir tanpa mengambil
cuti, mabuk semasa bertugas, membuat kenyataan palsu dan memalsukan
dokumen-dokumen dan lain-lain.
Enakmen
No. 11 Rejimen Askar Melayu yang diluluskan ini telah menjadi asas kepada
penubuhan Askar Melayu dan juga sebagai lambang pengakuan Inggeris akan
kepahlawanan orang Melayu yang terkenal sejak zaman-berzaman.
Enakmen
No 11 kini telah digantikan dengan Akta No 77, Akta Angkatan Tentera 1972. Akta
No 77 telah mendapat perkenan diraja pada 28 April 1972 dan diwartakan pada 4
Mei 1972.
No comments:
Post a Comment