Ekzema
berpunca daripada gabungan pelbagai faktor seperti faktor asas dan faktor
pencetus.
Faktor
asas ialah faktor yang tidak boleh dielakkan seperti genetik atau keturunan.
Faktor
genetik dapat menjelaskan mengapa ekzema hanya dialami oleh segelintir individu
dan bukan kesemuanya.
Kulit
terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan paling atas boleh diibaratkan seperti
dinding yang melindungi keseluruhan badan.
Punca
genetik menyebabkan lapisan ini hilang daya pelindung dan memberi peluang
kepada organisme serta bahan kimia dari luar untuk menembusinya. Ini adalah
titik permulaan kepada ekzema.
Sistem
keimunan pesakit ekzema juga bertindak balas secara berbeza. Ini tidak
bermaksud sistem ini lemah, tidak aktif atau terlalu aktif.
Ia
masih normal, tetapi bertindak secara berlainan daripada biasa terhadap
rangsangan unsur dari luar dan dalam badan.
Kerap
kali, ekzema yang tidak serius mungkin tidak akan disedari kerana impaknya
ringan.
Contoh
manifestasi ekzema ringan adalah seperti kelemumur, tumit merekah, bibir
kering, tompokan kulit kering pada kaki dan tangan serta kulit sensitif seperti
gigitan nyamuk mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Pencetus
ekzema pula ialah faktor yang menyebabkan sesuatu episod ekzema itu timbul atau
menjadi aktif.
Faktor
pencetus ekzema lazimnya membabitkan persekitaran dan dapat dielakkan:
1.
Rengsa seperti cuaca panas dan berpeluh atau cuaca sejuk dan kering (penggunaan
pendingin hawa berpanjangan, fabrik pakaian kasar atau sabun mengandungi bahan
pencuci yang kuat).
2.
Tekanan daripada segi mental atau fizikal juga boleh mencetuskan ekzema.
3.
Alahan seperti hama habuk bulu daripada haiwan peliharaan seperti kucing,
anjing dan debunga.
4.
Kuman 'staphylococcus' pada kulit boleh mencetus ekzema. Bakteria ini dapat
menembusi lapisan dinding kulit yang hilang daya pelindung dan menyebabkan
kerosakan. Kulit ekzema juga lebih mudah terjangkit dengan virus.
5.
Ekzema menyebabkan kulit menjadi gatal. Tindakan menggaru kulit mengakibatkan
penghasilan 'histamine' dalam badan yang menjadikan individu merasa lebih gatal.
Menggaru juga boleh mengakibatkan kulit melecet yang memberi peluang kepada
kuman menembusi kulit dan menyebabkan jangkitan.
Makanan
jarang menjadi penyebab ekzema. Sekiranya makanan adalah pencetus kepada
penyakit itu, keadaan kulit akan menjadi lebih teruk secara tiba-tiba (dalam
masa 24 hingga 48 jam) selepas makan makanan berkenaan.
Ekzema
yang berpunca daripada alahan boleh sembuh sepenuhnya jika punca alahan dapat
di kenal pasti dan dielakkan.
Ekzema
yang tidak berkaitan dengan alahan dan berpunca daripada faktor genetik tidak
boleh sembuh sepenuhnya.
Bagaimanapun,
ia dapat dikawal hingga ke tahap minimum dengan mengurangkan kekerapan berulang
dan meningkatkan tempoh masa di antara sesuatu episod.
No comments:
Post a Comment