Pada
masa dahulu, antara proses untuk mendapat beras ialah 'ngirik' (dialek
Kelantan) iaitu memijak biji padi yang masih terlekat pada tangkai.
Ada
dua kaedah menuai padi. Pertamanya dengan mengetam iaitu tangkai padi dipotong
yang masih ada biji padi.
Kaedah menuai cara ini ialah bagi membolehkan pada
disimpan lama. Ini kerana buah yang masih terlekat pada tangkainya dapat
disimpan lebih lama berbanding yang telah dileraikan daripada tangkainya.
Padi
yang masih lekat tangkai diikat menjadi satu 'gema' dan kemudian akan disimpan
di rumah padi atau dipanggil baloh (dialek Kelantan) atau jelapang atau juga
dikenali kepuk.
Cara
menuai kedua ialah dengan memotong bahagian bawah batang padi. Batang pokok
padi yang telah dipotong dan masih ada biji pada tangkainya akan dipukul dalam
tong padi yang dipasang layar di sekelilingnya. Proses tersebut untuk
meleraikan padi dari tangkainya.
Padi
yang diketam dan disimpan di dalam baloh akan diambil keluar apabila
diperlukan. Untuk meleraikan biji padi dari tangkainya perlu dilakukan proses
dipanggil 'ngirik' iaitu kumpulan padi itu akan dipijak-pijak dengan kaki
dengan 'teknik' tertentu.
Padi
yang telah terlerai itu akan diasingkan daripada tangkai dan dianginkan atau ditapi.
Untuk mendapatkan beras, biji padi perlu ditumbuk atau dikisar yang akan mengasingkan
atau mengopek kulit padi.
Begitulah
beberapa proses dari menuai sehingga mendapat beras. Sebab itu, masyarakat dahulu
menghargai setiap biji nasi yang ada di pinggan. Betapa sukarnya untuk mendapatkan
sebiji beras dan sebab itu ia tidak akan dipersia-siakan.
No comments:
Post a Comment