Jika
ada kesempatan, bawalah anak-anak atau keluarga ke pantai. Lautan dengan
pantainya yang berpasir merupakan salah satu tempat paling sesuai untuk meneroka
erti alam.
Lihatlah
laut yang luas. Selain apa yang terlihat di permukaan air laut, fenomena alam
khas pantai seperti matahari terbit dan tenggelam, serta ombak laut yang tak
pernah berhenti menghempas pantai, akan memperkaya imaginasi anak mengenai alam.
Bermain
air, membina istana pasir dan mencari aneka kulit kerang di pantai memang menasyikkan.
Pilihlah pantai yang sesuai untuk dikunjungi. Pantai dengan pemandangan indah dan persekitaran yang bersih perlu diutamakan. Sebelum ke pantai sila semak mengenai air pasang surut bagi memudahkan untuk melakukan aktiviti di tepi pantai.
Pilihlah pantai yang sesuai untuk dikunjungi. Pantai dengan pemandangan indah dan persekitaran yang bersih perlu diutamakan. Sebelum ke pantai sila semak mengenai air pasang surut bagi memudahkan untuk melakukan aktiviti di tepi pantai.
Tentu
sekali amat berbahaya membawa anak bermain air pantai ketika air pasang atau ombak
besar. Ombak tinggi berlaku pada musim tengkujuh, terutama di pantai negeri-negeri
Pantai Timur.
Namun
perlu diingat, biarpun ketika ia surut dan ombak hampir tiada, itu bukan alasan
untuk membiarkan anak bebas bermain. Sentiasa awasi anak-anda bermain di tepian
pantai.
Keberadaan
orang lain di kawasan pantai tidak boleh dijadikan alasan tidak perlu mengawai anak.
Orang lain tidak akan melihat atau memerhati anak kita. Jadi, tanggungjawab ibu
bapa sendiri mengawasi anak masing-masing.
Bencana
tidak diduga. Malang tidak berbau. Jangan suka bertukar duka.
No comments:
Post a Comment