Dakwah adalah usaha membawa manusia ke jalan
yang benar, yakni agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Orang yang
didakwah itu sama ada orang Islam yang sudah lari daripada jalan yang benar,
ataupun mereka yang belum beragama Islam.
Tugas dakwah perlu dilakukan setiap muslim
mengikut kemampuan masing-masing. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya satu ayat.” (Hadis riwayat Ahmad,
Bukhari dan Tirmizi)
Usaha dakwah meliputi proses menyampai,
mengajak atau memberi contoh amalan yang baik agar pihak yang didakwah itu
kembali dan sedar apa kesalahan yang telah dilakukan atau mereka yang bukan
Islam akan mengenali dan menerima Islam sebagai agama anutan mereka.
Dalam situasi hari ini, dakwah yang lebih
penting dilakukan ialah untuk mengajak umat Islam yang tersasar dari ajaran
agama agar kembali taat dan mengamalkan ibadat kepada Allah SWT.
Dalam pada melakukan dakwah, pastikan usaha itu dilakukan dengan berhemah. Keikhlasan dan niat melaksanakan tuntutan agama perlu diutamakan. Sering kali berlaku, orang yang menyatakan niat untuk berdakwah sebenarnya terselindung niat lain di sebaliknya.
Mereka menyebut kesalahan orang lain untuk mendapat keuntungan diri. Malah lebih buruk lagi, perbuatan itu bertujuan melepaskan kesalahan diri sendiri kepada orang lain.

Satu perkara yang perlu dipastikan agar
dakwah itu menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik dan bukan sebaliknya.
Kesilapan dakwah boleh menyebabkan orang yang didakwah menjadi semakin
menjauhkan diri dan melakukan perbuatan salah itu lebih teruk lagi.
Amat malang sekali bilangan orang Islam yang
melakukan maksiat secara terang-terang semakin berleluasa. Mereka tersasar jauh
dari ajaran Islam. Biarpun masih mengaku sebagai Islam, naman kehidupan seharian
tidak mencerminkan dirinya sebagai Islam.
Umat Islam kini terdedah kepada pelbagai
bentuk cabaran yang menguji kekuatan akidah termasuk hiburan keterlaluan atau
hedonisme, seks bebas dan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Amalan itu semakin mengancam hidup umat Islam apabila terpangaruh dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat Barat. Mereka menganggap Barat sebagai kiblat kehidupan mengikut hawa nafsu.
Amalan itu semakin mengancam hidup umat Islam apabila terpangaruh dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat Barat. Mereka menganggap Barat sebagai kiblat kehidupan mengikut hawa nafsu.
Perbuatan itu bukan sahaja menggugat
kemurnian dan kesucian Islam, malah sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan
darjat manusia. Mereka telah melakukan perbuatan luar tabie yang ditentang oleh
semua manusia normal.
Krisis amalan songsang ini bermula di Barat
dan kini merebak ke seluruh dunia. Tidak dinafikan perkara ini bukan baru
berlaku, bahkan telah dicerita dalam al-Quran yang menjadi amalan umat
terdahulu.
Apa yang dibimbangkan ialah gaya hidup songsang itu turut melanda umat Islam, termasuk di Malaysia. Ada pergerakan atau kumpulan cuba menyebar amalan songsang itu dan ada pula yang menyokongnya.
Apa yang dibimbangkan ialah gaya hidup songsang itu turut melanda umat Islam, termasuk di Malaysia. Ada pergerakan atau kumpulan cuba menyebar amalan songsang itu dan ada pula yang menyokongnya.
Lebih memburukkan keadaan apabila isu
pluralisme agama dan murtad menyerang segenap ruang pemikiran umat Islam. Isu
ini secara tidak langsung bukan saja melibatkan orang Islam, tetapi juga
masyarakat bukan Islam di negara kita.
Kedua-dua isu ini perlu diselesaikan dengan berhemah kerana turut melibatkan sensitiviti kaum dan campurtangan politik.
Kedua-dua isu ini perlu diselesaikan dengan berhemah kerana turut melibatkan sensitiviti kaum dan campurtangan politik.
Dalam hal ini, Allah SWT telah mengingatkan
dalam firman yang bermaksud: “Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu
dengan hikmah dan pengajaran yang baik (bijaksana) dan bantahlah mereka dengan
cara yang baik” (Surah an-Nahl, ayat 125).
No comments:
Post a Comment