Di Kelantan memang kaya budaya dan permainan.
Macam-macam jenis pertandingan yang dimainkan dan dipertandingkan di Kelantan.
Sedang fenomina sekarang ialah pertandingan
ayam sorak. Dinamakan pertandingan ayam sorak kerana pemilik ayam atau penonton
akan bersorak atau mengeluarkan suara untuk mengagah ayam agar berkokok.
Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan
terbanyak kokokan ayam dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Ada juga pemenang ditentukan bukan
berdasarkan jumlah kokokan terbanyak, tetapi bilangan yang ditetapkan dalam
tempoh masa tertentu.
Pemilik akan 'mengawal' jumlah kokokan ayam masing-masing
dalam tempoh ditetapkan. Ia memerlukan kemahiran serta memahami sifat ayam yang
dipertandingkan.
Pertandingan ayam sorak dilakukan di tempat yang
dinamakan 'bon'. Ayam akan ditambat di atas pacakan kayu yang ada kayu melintang
di atasnya.
Jenis ayam untuk pertandingan ayam sorak ialah
jenis ayam hutan. Ayam hutan (Gallus spp) atau ayam liar merupakan sejenis
haiwan dari keluarga burung atau ayam yang terdapat di sekitar hutan belukar di
negara kita.
Selain di Malaysia serta negara Asia
Tenggara, ayam hutan juga ditemui di India dan Sri Langka. Ayam hutan Sri
Langka adalah burung kebangsaan bagi Sri Langka.
Ayam hutan adalah sejenis burung besar dengan
bulu berwarna-warni pada jantan. Sepertimana kebanyakan burung dalam keluarga
merak yang lain, ayam jantan tidak mempunyai peranan dalam pengeraman telur
atau membesarkan anak. Tugas-tugas ini dilakukan oleh ayam betina.
Ayam hutan sama atau sedikit berbeza dengan
ayam kampung kerana saiznya , warna bulu yang lebih cantik dan kemampuannya
untuk terbang dengan pantas seperti burung.
Justeru untuk menangkap ayam hutan bukan
mudah. Biasanya memburu ayam hutan perlu dilakukan dengan menembaknya. Cara
lain ialah membuat perangkap seperti racik.
Saiz telur ayam hutan juga agak kecil sama
seperti ayam kampung dan amat berbeza dengan telur ayam penelur dari segi saiz,
warna kulit dan warna kuning telur di dalamnya.
Namun, kini terdapat usaha untuk membuat
kacukan antara ayam hutan dengan ayam kampung. Tujuan kacukan antara lain
bertujuan untuk menambah bilangan dan ciri-ciri yang dikehendaki.
No comments:
Post a Comment