Kampung
Tiat merupakan Kampung Orang Asli (KOA) yang terletak dalam daerah Cameron Highlands.
Ia didiami 27 keluarga yang berjumlah lebih 100 orang penduduk. Orang Asli mendiami
Kampung Tiat dari Suku Semai dan beragama Islam.
Biarpun
terletak jauh di pedalaman, KOA Tiat mudah untuk sampai di sana kerana dihubungi
dengan kemudahan jalan raya yang sempurna melalui Jalan raya Sungai Koyan - Ringlet.
Kedudukannya betul-betul di tepi jalan utama itu.
KOA
Tiat terletak kira-kira 50 kilometer dari Tanah Rata, pusat pentadbiran daerah Cameron
Highlands. Terdapat kemudahan asas yang boleh dimanfaatkan penduduk seperti surau,
padang permainan, elektrik dan bekalan air bersih.
No comments:
Post a Comment