Akibat
kemaruk cinta seorang ibu tunggal, seorang imam di Indonesia ditangkap ketika
bersama pasangannya. Akibat kejadian itu juga, lelaki berusia 33 tahun dan ibu
tunggal yang mempunyai empat anak itu dinikahkan.
Penduduk menangkap pasangan itu ketika mereka berdua-duaan pada waktu malam. Lelaki itu yang bertugas sebagai imam di sebuah kampung sudah mempunyai isteri dan empat anak manakala wanita itu ibu tunggal.
Itu antara kandungan berita yang tular di media sosial. Jelas sekali, syaitan berjaya mempengaruhi manusia melakukan dosa tanpa mengira status kerjaya.
Sebenarnya, banyak kes perlakuan yang bertentangan dengan kerja. Perbuatan itu menggambarkan bahawa kerjaya tidak menjadi jaminan kepada individu melakukan perkara yang bertentangan tugas mereka.
Kes polis menjadi pengedar dadah yang sepatutnya menjadi tugas mereka menangkap pengedar dadah. Pegawai di sempadan negara yang sepatutnya menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) pula bertanggungjawab membawa masuk tanpa cara yang sah.
Memang tidak dinafikan, kes yang berlaku itu adalah terpencil dan tidak boleh memberi gambaran secara keseluruhan, tetapi sudah cukup untuk dijadikan peringatan bahawa sesiapa sahaja terdedah kepada perlakuan dosa dan menyalahi kerjaya mereka.
No comments:
Post a Comment