Propaganda
telah berkembang dalam perang psikologi di mana propaganda menemukan banyak
digunakan dalam politik melibatkan usaha pemerintah, parti atau golongan untuk
pencapaian tujuan berstrategi dan bertaktik.
Propaganda
mempunyai beberapa perkara yang perlu ada untuk memenuhi keberkesanannya.
Antara
kriteria tersebut ialah:
-
Pihak yang menyebarkan pesanan, yakni "komunikator", atau pihak yang
ditugaskan menyampaikan pesanan dengan isi dan tujuan tertentu.
-
Komunikan atau target penerima pesan yang diharapkan menerima pesan dan
kemudian melakukan sesuatu sesuai pola yang ditentukan oleh komunikator.
-
Pesan tertentu yang telah dirumuskan sedemikian rupa agar mencapai tujuannya
dengan efektif.
-
Wahana, kemudahan (prasarana) atau medium yang tepat dan sesuai atau serasi
dengan situasi dari komunikan.
-
Kebijaksanaan atau politik propaganda yang menentukan isi dan tujuan yang
hendak dicapai.
-
Dilakukan secara terus-menerus.
-
Terdapat proses penyampaian gagasan, ide/kepercayaan, atau doktrin.
-
Mempunyai tujuan untuk mengubah pendapat, sikap, dan perilaku
individu/kelompok, dengan teknik-teknik memengaruhi.
-
Keadaan dan situasi yang memungkinkan kegiatan propaganda yang bersangkutan.
-
Menggunakan cara prosedur dan perencanaan yang sistematik.
-
Dirancang sebagai sebuah program dengan tujuan yang konkrit untuk
memengaruhi dan mendorong komunikan melakukan sesuatu yang sesuai dengan
keinginan atau pola yang ditentukan oleh komunikator.
Pada
era teknologi maklumat hari ini, propaganda banyak disebarkan melalui media
sosial dan laman sesawang.
Memandangkan
dunia siber amat luas dan melibatkan pelbagai platform, maka perlu ada petugas yang
bertanggungjawab untuk memuat turun kandungan secara berterusan dan bertepatan
dengan sasaran.
Dalam
istilah propaganda, mereka yang memuat turun kandungan berunsur propaganda
dinamakan tentera siber atau cybertroopers.
Tentera siber menyebarkan kandungan
dalam bentuk berita, gambar, graf dan data untuk mempengaruhi khalayak ramai
agar mempercayai propaganda yang disebarkan.
Propaganda
era siber paling berkesan ialah apabila mampu mengubah individu dari penerima
maklumat menjadi pencari maklumat melalui pengukuhan, diikuti pencari maklumat sehingga
mereka turut menjadi tentera siber bebas yang menyokong doktrin yang telah
mereka terima.
No comments:
Post a Comment