VISI
Menjadi antara agensi penguatkuasaan Maritim yang terbaik di dunia.
MISI
Menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut
bagi memastikan kesejahteraan perairan negara.
OBJEKTIF
1. Menentukan Zon Maritim Malaysia selamat dan aman untuk pengguna.
2. Mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut berasaskan piawaian
yang ditetapkan.
3. Mewujudkan kerjasama mencari dan menyelamat serantau yang berkesan.
4. Mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan komuniti maritim bekerjasama
dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
FUNGSI
1. Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang
persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
2. Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia
dan di lautan lepas.
3. Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.
4. Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara
asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara
Jenayah 2002 (Akta 621).
5. Menjalankan pengawasan udara dan pantai.
6. Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang
berkaitan.
7. Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi.
8. Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan
maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.
9. Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.
10. Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran
haram dadah narkotik di lautan lepas.
11. Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat
krisis khas atau perang.
No comments:
Post a Comment