Sunday 31 January 2021

PERKARA BAHARU DALAM AGAMA ADALAH BIDAAH

Sesungguhnya, ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sudah lengkap memberi panduan hidup kepada seluruh manusia tanpa mengira batasan masa, geografi dan kaum. 

Pun begitu, ini tidak bermaksud menghalang umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW tidak memikirkan apa yang baru perlu diusahakan. Perbezaan masa, keadaan dan keperluan terhadap sesuatu memerlukan tindakan yang baharu.

Dalam hal ini memerlukan kita berfikiran terbuka dan mentafsir maksud bidaah seperti yang disebut dalam sebuah hadis bermaksud: “Jauhilah dari mengadakan perkara baharu, sesungguhnya setiap perkara baharu itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap sesat itu neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah).

Kupasan mengenai bidaah perlu difahami dan bukan sekadar memahami hadis itu secara mendatar. Banyak pihak apabila memperkatakan tentang perkara baharu, lantas mengaitkan dengan bidaah. 

Amalan bidah ialah amalan rekaan dalam urusan agama yang bercanggah dengan jalan pemikiran, pendekatan, perbuatan, perkataan, pembawaan dan pegangan Rasulullah SAW.  

Para ulama sebenarnya telah membahagikan bidaah kepada lima kategori dan tidak semua bidaah itu sesat. Bidaah yang sesat ialah perkara baru yang tidak bersandarkan mana-mana nas daripada al-Quran dan hadis, atau mana-mana sumber hukum seperti ijmak dan qias.   

Kita perlu melihat Islam dalam sudut yang luas dan mengelak daripada mengamalkan fahaman jumud. Jangan kita meletak hukum hanya berdasarkan kepada satu kaedah sahaja. 

Menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mengikut syariat, terutama dalam soal khilafiyah memerlukan kefahaman yang tinggi berkaitannya, bukan sekadar ulama jadian.  

Gambar: Sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment