Jus soli (bahasa Latin bagi
"hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak
lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang
diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Perkataan itu diguna pakai dalam bahasa Melayu sepertimana dijelaskan dalam
Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara
berdasarkan kelahiran negara itu.
Kaum
Cina dan India yang menjadi pendatang di Malaysia (ketika itu Malaya dan Tanah
Melayu) yang lahir di Malaysia dipersetujui diterima sebagai rakyat Malaysia dengan
beberapa syarat seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan.
Satu lagi syarat utama dalam
persetujuan prinsip Jus Soli seperti yang terkandung dalam Pakatan Murni, kaum
imigran yang bakal mendapat kerakyatan perlu bersetuju dengan empat perkara
penting.
Perkara itu ialah mengenai
kedudukan istemewa orang Melayu (Perkara 153), kedudukan Raja-Raja Melayu
(Perkara 181), agama Islam sebagai agama persekutuan (Perkara 3) dan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152).
Oleh itu setiap warganegara
Malaysia harus menyedari bahawa perlembagaan kita ini adalah hasil daripada
sikap tolak ansur terutamanya bangsa Melayu.
Keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang perlu dikekalkan. Jangan wujudkan persekitaran hubungan yang
tegang dan mementingkan kelompok tertentu saja.
Apa yang telah dipersetujui pada
masa lalu perlu dipertahankan bagi menjamin keamanan dan keharmonian negara.
Tidak ada untungnya isu perkauman disuburkan kerana semua kaum akan menerima
kesan buruknya. Bak kata pepatah, menang jadi arang, kalah jadi abu.
Acuan pemerintahan yang dibentuk
sejak negara merdeka telah berjaya meletakkan Malaysia di tempat yang terbaik.
Jika ada yang ingin mengubahnya, kecelakaan, kerugian dan kemusnahan akan
berlaku kepada seluruh rakyat.
Tidak ada bangsa atau kaum yang disisihkan di negara kita. Semua mendapat hak
seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang.
No comments:
Post a Comment