Friday, 25 April 2025

BIJI GETAH DIJADIKAN BAHAN MAINAN

Biji getah ialah biji yang dihasilkan dari pokok getah yang matang. Biji getah ini berbentuk bulat dan lonjong. Warnanya bergantung kepada spesis pokok getah itu ada yang berwarna coklat, hitam, merah-kemerahan, berjalur hitam dan putih.

Saiz biji getah ini juga mengikut baka pokok tersebut ada yang kecil dan ada yang besar kebiasaanya dalam lingkungan 20 mm hingga 35 mm. 

Kulit di bahagian permukaannya keras, licin dan nipis dan mempunyai tertulang di bahagian belakang biji getah ini. Isinya bewarna putih dan ia lembut serta kenyal.

Biji getah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila buah "meletup". Biji getah yang gugur ke bumi boleh mengeluarkan tunas dan boleh menjadi baka anak pokok getah yang baharu.

Biji getah menjadi satu alat permainan kanak-kanak semasa dahulu untuk bermain laga buah getah. Ia juga dijadikan buah congkak. Selain itu, biji getah juga sering dijadikan peluru untuk lastik.

Selain itu biji getah juga digunakan sebagai makanan dengan diperam atau dikenali sebagai asam rong.

No comments:

Post a Comment