Thursday, 17 April 2025

ADA IJAZAH, KERJA KUTIP BARANG KITAR SEMULA

 
Bryan Peh, anak muda Singapura. Muda dan ada ijazah tapi pilih jadi pengutip barang kitar semula. Tukang karung guni, itulah gelaran orang sana beri pada mereka yang buat kerja ini. Biasanya yang buat kerja ini orang yang berumur dan tidak berpendidikan tinggi.
 
Bryan terjebak dalam 'kerjaya' ini kerana mengganggur setahun selepas tamat belajar. Selama lapan tahun Bryan bekerja sebagai tukang karung guni di kedai bapanya. Setiap pagi beliau akan keluar cari barang terpakai dan bawa pulang ke kedai guna lori untuk diasingkan.
 
Selepas lapan tahun, beliau rasa perlu untuk 'lepaskan diri dari terjebak dalam perniagaan keluarga'. Beliau mahu buktikan keupayaan dirinya sendiri.
 
Bapa Bryan tidak membantah keputusan Bryan untuk mulakan perniagaan kutip barang kitar semulanya sendiri. Malah mereka berkongsi tempat mengumpul barang.
 
Melalui perniagaannya sendiri, Bryan rancang untuk jangkau lebih banyak pelanggan. Visi beliau adalah untuk jadikan perniagaannya sebagai satu jenama yang dipercayai dalam khidmat perlupusan barang dan galakkan orang ramai guna barang kitar semula.
 
Bila ditanya apa rasanya bila lakukan kerja berat dan memenatkan ini sedangkan beliau ada ijazah, jawab Bryan: "Saya nikmati kebebasan dan tiada hirarki korporat serta politik pejabat. Dan kerana saya berjumpa dengan ramai orang dari pelbagai status sosial, ia jadikan diri saya lebih bijaksana dan rendah diri."
 
Sumber - FB Mazlan Mohamad

No comments:

Post a Comment