Mengapa hukuman berlainan? Banyak pihak mempertikaikan kadar denda
atau berat hukuman berkaitan kesalahan yang dianggap sama terhadap individu
berlainan.
Setiap pertuduhan dan perbicaraan berjalan mengikut seksyen dan akta berdasarkan perbuatan yang dilakukan oleh si dituduh. Jadi, jika didapati bersalah, hakim akan menjatuhkan hukuman berdasarkan kepada peruntukan undang-undang mengikut seksyen dan akta berkenaan.
Pada orang awam, mungkin kesalahan atau perbuatan si dituduh nampak sama dan sepatutnya dihadapkan ke mahkamah mengikut seksyen dan akta yang sama. Sedangkan pada pendakwa raya, kesalahan yang dilakukan itu sebenarnya berlainan dan perlu dituduh mengikut seksyen dan akta berbeza.
Ambil contoh kes melibatkan Iswardy Morni dan Johari Ismail. Kedua-dua pertuduhan adalah berkaitan Yang di-Pertuan Agong, namun mengikut seksyen dan akta yang berbeza.
Dalam kes Iswardy, dia didakwa telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di pada 3 petang, 29 Mei 2021.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Manakala kes Johari pula, dia didakwa memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu yang diletakkan untuk tontonan umum, mendakwa Majlis Raja-Raja membuat undian mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana ingkar melaksanakan dokumen tambahan melibatkan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.
Akta itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, jika disabitkan kesalahan.
Kedua-duanya didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman denda. Iswardy dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5000 dan Johari pula RM30,000. Jumlah hukuman terhadap Iswardy adalah maksimum atau 100 peratus, sedangkan Johari hanya 60 peratus berbanding jumlah maksimum.
Maksimum atau berapa peratus jumlah hukuman adalah keputusan hakim berdasarkan kepada pertimbangan wajar berkaitan kes yang dibicarakan. Hakim bertindak dengan bijaksana mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

No comments:
Post a Comment