Kita tahu biasanya lemang dibuat daripada
beras pulut. Tetapi, di Perak ada lemang tepung. Ia adalah makanan tradisi
orang Perak yang seakan bengkang atau bingka dan cara masak adalah hampir sama
dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh, cuma bahan untuk memasak sahaja
yang lain.
Dahulu lemang tepung memang cukup terkenal
di Perak, terutama musim perayaan. Namun, sekarang semakin sukar untuk ditemui.
Tidak banyak orang membuatnya.
Lemang tepung tidak boleh disimpan lama, sekadar
dua tiga hari sahaja, melainkan disimpan di dalam peti sejuk. Jika dibiarkan
pada suhu bilik, ia mudah basi.
Peniaga lemang tepung tidak membuatnya
dalam kuantiti yang banyak, takut tidak laku pada hari ia disiapkan. Kalau
sudah dua hari, pembeli tidak minat lagi untuk membelinya, walaupun masih elok
untuk dimakan.
Sebab itu, tidak banyak orang membuat leman
tepung untuk dijual, tambahan ia tidak mendapat sambutan, sedangkan
penyediaannya agak sukar. Untuk mendapatkan buluh bukannya mudah sekarang ini
dan proses membakar pula perlu dilakukan di luar rumah.
Jadi, lemang tepung biasanya hanya dibuat pada
sambutan Aidilfitri dan majlis utama lain yang ada permintaan khas untuk
membuatnya.
No comments:
Post a Comment