Tuesday 12 January 2021

KEBAIKAN BERENDAM DALAM KOLAM AIR HANGAT

Banyak kolam air hangat atau kolam air panas semula jadi yang terdapat di negara kita kini telah dibangunkan sebagai tempat rekreasi. Lokasi kolam air hangat itu sebenar telah lama wujud, tetapi sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi tumpuan.

Apa itu kolam air hangat? Mengapa kolam air hangat kini menjadi tumpuan?

Kolam air hangat adalah sumber mata air semula jadi yang keluar dari rekahan batu batan yang berpunca jauh dari perut bumi. Air yang keluar dalam suhu panas kesan dari pemanasan dari perut bumi. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti gunung berapi yang lemah di kerak bumi.

Air yang berasal dari perut bumi asalnya amat panas. Namun, kadar kepanasannya berkurangan sepanjang perjalanan sehingga ke permukaan bumi.

Air hangat yang keluar itu mengandungi bahan galian dari perut bumi di antaranya ialah kalsium fluorida dan silika. Bahan-bahan ini semua antara sebab kenapa kawasan air hangat dibuat sebagai rawatan alternatif untuk bermacam penyakit apabila diamal secara tepat dan berlanjutan terutamanya sakit pinggang dalam badan, strok dan lain-lain lagi.

Sumber air panas ini mempunyai suhu antara 40 hingga 55 darjah celcius.

Jangan terkejut jika melihat ada beberapa kawasan yang disediakan airnya berubah jadi warna kehijau-hijauan.

Untuk pengetahuan warna kehijau-hijauan itu bukannya kotor, tetapi disebabkan kandungan sulfur yang berada di dalam air panas itu. Ia adalah sejenis lumut yang tidak berbau dan kalau disapukan ke anggota badan seperti tangan, kesannya dapat dirasakan dalam masa singkat di mana kulit akan menjadi lembut secara semula jadi seolah-olah seperti pelembab.

Antara kebaikan berendam dalam air hangat semulajadi ialah:
- Beri ketenangan kepada tubuh badan.
- Membantu mengurangkan stress
- Membuka liang roma di wajah
- Membuang toksin
- Melancarkan peredaran darah
- Memberi kelegaan ketegangan otot kerana aktiviti seharian
- Menaikkan kadar metabolisma dalam badan
- Mengubati penyakit kulit


No comments:

Post a Comment