Saturday 17 February 2018

ISU KAUM UMPAMA BOM JANGKA

Pasti kita tidak mahu nilai buruk yang mengancam sendi kekuatan bangsa menjadi penghalang kepada kesatuan dan kekuatan bangsa. Kita tidak mahu masyarakat dihantui jenayah, konflik dan perkelahian antara kaum, agama dan kelompok berlainan fahaman politik.

Amat besar kesan keburukan yang ditanggung rakyat jika itu berlaku. Kita perlu sentiasa diingatkan mengenai kesan itu dalam masyarakat berbilang kaum.

Kita kena ingat Sejarah !3 Mei 1969. Itu bukan ingin menakut-nakutkan rakyat, tetapi sebagai satu peringatan untuk dijadikan panduan agar tragedi itu tidak berulang.  

Isu kaum sentiasa menjadi bom jangka dalam negara berbilang kaum. Jika berlaku krisis kaum, tiada mana-mana kaum mendapat untung. Semua akan rugi. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Yang untuk pihak lain. Tentu sekali kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu perkara itu terjadi.

Kita juga tidak mahu masuk fahaman yang meruntuhkan kehidupan bermasyarakat dan bernegara seperti radikalisme, terorisme dan liberalisme yang tidak menghiraukan fitrah kemanusiaan dan jati diri bangsa.

Kebimbangan perlu ada dalam diri kita bahawa pada hari ini sudah masuk ancaman terbabit yang mempengaruhi anak bangsa kita, menyebabkan mereka terbabas dari landasan sebenar kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan tidak sihat ini adalah bentuk ancaman yang sebenar datang dari tangan jahat yang tidak terlihat secara tersurat atau nyata.

Justeru, dalam perjuangan menuju bangsa Malaysia yang bersatu dan kuat, peranan seluruh komponen masyarakat didambakan untuk berjaga-jaga dan membendung penyebaran fahaman yang boleh merosakkan bangsa, agama dan negara.

Perbalahan politik yang 'menggila' juga harus diawasi kerana boleh mengundang masuk dan menyerapnya 'proksi luar' yang amat berbahaya kepada bangsa dan negara.

Proksi luar itu akan bertindak sebagai 'pihak ketiga' yang sukar dikesan dan berperanan mengadu domba kelompok politik yang bertelagah supaya terus bermusuhan dan berkonflik.

Apabila permusuhan sudah begitu menajam, tidak mustahil musuh terus menyusup dalam arena politik bangsa Malaysia. Mana-mana kelompok yang menjadi proksi luar itu akan mudah dijadikan boneka.

Gerakan sulit musuh inilah yang terbukti berjaya dilakukan di negara Arab yang lemah kesatuannya, sama ada di dalam negara atau rantau itu sendiri.

Semoga tidak kejadian buruk berlaku di negara kita. Bangga jadi rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment