Wednesday, 30 March 2016

ZINK KOMPLEKS TINGKAT SISTEM IMUN


Zink  kompleks adalah mineral yang amat diperlukan oleh badan.  Banyak kebaikan dan manfaat diperoleh melalui kehadiran zink kompleks dalam badan yang diambil dari sumber makanan mahupun pemakanan tambahan. 

Zink adalah unsur utama di dalam prostat lelaki di mana ialah adalah 10 kali ganda berbanding keberadaan di organ lain.  Justeru, zink adalah suatu khazanah penting untuk lelaki.  Zink juga dapat membantu menentang pemerebakan kanser prostat.  Maka, zink memainkan  peranan penting dalam organ seks lelaki.  

Kekurangan zink yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah,  kemerosotan fungsi seksual dan penuaan pramatan.

Kebaikan dan manfaat lain zink kompleks ialah untuk meningkatkan sistem imun dengan membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.

Dalam kes penyakit diabetis, zink dapat membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin.

Selain lelaki, zink juga diperlukan oleh wanita untuk ovulasi.  Zink juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya.

Zink juga telah dikenalpasti untuk memperbaiki radang kulit.  Pengambilan zink dapat memperbaiki radang kulit seperti  jerawat.   Zink bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat.  Zink juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Pengambilan zink dapat mengatasi kelesuan kronik dan mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif

Pengambilan zink dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur rambut dan mengelak kepala cepat menjadi  botak.  Zink berperanan mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel

Zink juga berperanan untuk membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.

Zink juga berperanan sebagai penyembuh luka luar dan dalam yang cepat. Satu lagi keupayaan zink ialah memperbaiki masalah rabun malam.

No comments:

Post a Comment