Tugas
pendakwah bukan mudah. Ia berkaitan
untuk memberi keyakinan dan mendidik orang lain menjadi seperti apa yang kita
harapkan. Dalam erti dakwah islamiah
sudah tentu berkaitan bagaimana mengajak orang lain mematuhi perintah Allah SWT
dan Rsulullah SAW.
Ilmu
adalah tonggak kepada kejayaan dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. Tanpa ilmu kita tidak mempunyai garis panduan
atau apa yang perlu dilakukan. Sebab
itu, biarpun sekadar ingin menjadi guru prasekolah, bakal guru tetap perlu
mengikuti kurus pendidikan prasekolah,
Sekarang ini guru pendidikan prasekolah terlah ramai yang memiliki
diploma dan ijazah pendidikan prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak.
Justeru,
tidak kira kepada siapa kita ingin berdakwah, maka seseorang itu perlu ada
persiapan mengenai ilmu dakwah dan perkara-perkara yang ingin disampaikan. Jangan pandang mudah perkara ini. Disebabkan tidak ada ilmu berkaitan dakwah
dan hal yang ingin disampaikan, banyak pendakwah gagal melakukan tugas dengan
baik.
Bahkan,
disebabkan tiada ilmu memungkin apa yang ingin dilakukan akan berlaku
sebaliknya sehingga menimbulkan kesan lebih buruk. Kita sering mendengar guru yang gagal
melaksanakan tanggungajawab sehingga berlaku perkara tidak diingini. Pelajar melakukan protes terhadap apa yang
diajar oleh guru.
Protes
secara senyap seperti tidak mematuhi peraturan ditetapkan, tidak menunjukkan
kesungguhan belajar dan sebgai. Antara
punca perkara itu berlaku ialah disebakan guru tidak mempunyai kemahiran dalam
mengendalikan kaeadah mendidik pelajar.
Dahwah
adalah usaha untuk kita memujuk, mendekati dan mengajak orang lain untuk melakukan
atau mempercayai sesuatu. Maka, salah
satu kemahiran penting dimilik oleh pendakwah ialah kemahiran
berkomunikasi.
Tanpa
komunikasi tidak akan wujud penyampaian dan penerimaan. Komunikasi yang baik ialah dapat menyampaikan
apa yang ingin disampaikan dan penerimanya pula dapat memahami dan mengikut apa
yang disampaikan kepadanya.
Kemahiran
berkomunikasi melibatkan peringkat atau kumpulan sasaran yang berbeza. Jika kita igin berkomunikasi dengan peringkat
umur kanak-kanak, maka kita perlu membentuk kemahiran itu berdasarkan apa yag berkaitan
dengan sikap, tingkahlaku, pemikiran dan alam kanak-kanak.
Sebaliknya,
jika kita berkomunikasi dengan orang dewasa atau pelajar peringkat tinggi, maka
bentuk komunikasi juga berbeza. Justeru,
mendalami kemahiran berkomunikasi perlu dimiliki oleh setiap pendakwah agar
matlamatnya mudah tercapai dan seperti yang diharapkan.
Memahami
tahap pengetahuan, emosi, tingkahlaku serta tanggapan orang lain terhadap kita
amat penting dalam membentuk komunikasi yang baik. Orang yang ingin didakwah akan melarikan diri
daripada kita jika tidak memiliki asas-asas kemahiran ini.
Meraka
tidak mahu berkomunikasi atau menolak maklumat yang ingin disampaikan, maka
akibatnya tidak apa yang mampu disampaikan dan gagallah usah dakwah yang ingin
dilakukan. Maka itu, sekali lagi
ditegaskan betapa pentingkan kemahiran berkomunikasi dalam melaksanakan tugas
dakwah.
No comments:
Post a Comment