Wednesday 30 March 2016

Lembut tapi tegas didik anak

.
Jiwa kanak-kanak mudah tersentuh atau terluka.  Maka itu sebarang proses pendidikan perlu dilakukandengan lembut tetapi tegas.  Ini kerana kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada elemen kasih sayang dan lembut, terutama apabila mereka sendiri melihat di kalangan rakan sebaya dan rancangan di televisyen.

Hubungan kanak-kanak kini terbuka dan melibatkan lingkungan yang lebih meluas.  Jika dulu, kanak-kanak hanya berkawan dengan rakan sebaya yang tinggal berjiran atau satu kampung.  Tetapi sekarang, mereka berhubung dengan rakan sebaya dari kawasan lain apabila belajar di tadika atau sekolah yang jauh dari rumah masing-masing. 

Begitu juga mereka berpeluang berkenalan dengan rakan sebaya yang merupakan anak kepada rakan ibu bapa mereka.  Kemudahan pengangkutan memungkinkan kanak-kanak mengenali dan berkawan denan rakan yang tinggal berpuluh atau mungkin beratus kilometer dari rumah mereka. Bahkan mereka kini berhubung melalui alam maya dengan adanya kemudahan internet. 

Hasil pergaulan itu, mereka akan melihat apa yang dialami oleh kawan-kawan mereka.  Yang biasa dilihat adalah elemen kasih sayang dan suasana mengembirakan.

Bayangkan, jika nasib mereka dididik sebaliknya.  Ketegasan memang diperlukan dalam mendidik kanak-kanak, tetapi bukan denan kekerasan.  Mereka akan memberontak jika berasa nasib mereka tidak seperti rakan-rakan lain. 

Akibat pemberontkan perasaan itulah, mereka akan melakukan perbuatan yang bertentagan dengan apa yang sepatutnya.  Jangan terkejut, jika ada kanak-kanak sudah pandai mengadu dan melaporkan kepada pihak lain tentang layanan yang diterima daripada ibu bapa atau penjaga mereka.

Manusia suka kepada pengitirfan, pujian dan kata-kata semangat terhadap apa yang akan, sedang dan telah dilakukan.  Maka, kita perlu lakukan perkara ini dalam pendekatan dakwah.  Pengiktirafan itu diharapkan menjadi motivisi untuk orang berkenaan terus melakukan perkara baik itu dan berusaha untuk meningkatkan lagi apa yang telah dicapai itu. 
           
Kaedah itu telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila sentiasa memuji, mengiktiraf atau memberi galakan kepada sahabat untuk melakukan kebaikan.  Dengan kelebihan yang dimiliki, Baginda bukan saja memuji, tetapi  juga menjelaskan siapa yang telah dijamin oleh Allah SWT untuk memasuki syurga, dan begitu juga neraka. 

Penjelasan siapa bakal masuk syurga telah menjadi motivasi kepada para sahabat untuk meningkatkan kebaikan agar mereka juga bakal mendapat jaminan itu.
Jadi, hal atau pendekatan yang sama boleh dilakukan dalam dakwah dan pendidikan terhdap kanak-kanak. 

Kanak-kanak memang suka kepada pujian dan dorongan yang diterima.  Mereka akan secara ikhlas atau yakin kepada pujian itu akan berasa bangga dan akan tersemat di hati mereka untuk terus melakukan kebaikan. 

Begitu juga, bagi kanak-kanak yang tidak dipuji, tetapi melihat rakan sebaya yang lain dipuji dan diiktiraf baik atau berjaya, akan mendorong mereka bercita-cita ingin turut menperoleh apa yang telah dicapai oleh rakannya itu.

Maka itu, kita jangan kedekut atau berat mulut untuk memuji dan memberi pengiktirafan keapda kebaikan ayng telah dilakukan oleh kanak-kanak.  Jadikan ia sebagai sebahagian pendekatan dakwahterhada[p kanak-kanak.

Kanak-kanak  biasanya menunjukkan rasa kagum kepada ibu bapa dan orang dewasa.  Apa juga yang dilakukan oleh orang dewasa akan cuba diikuti dan dilakukan oleh kanak-kanak.  Sifat semulajadi itu perlu dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan pendidikan. 

Ibu bapa sebagai pendakwah dan pendidik, kita perlu menampilkan tingkahlaku dan amalan yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak.  Perkara ini perlu diberi perhatian kerana antara punca kegagalan dalam proses dakwah dan mendidik ialah apabila pendakwah gagal mennjukkan contoh yang baik. 

Jadi, apa saja perbuatan mesti dilakukan sesuai dengan nilai baik yang diperkatakan. Kita tidak mahu seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.  Kanak-kanak akan bangga dan kagum dengan orang yang memperkatakan nilai baik dan mengamalkannya.  Apabila timbul rasa kagum kanak-kanak atau menjadikan sebagai idola, mudahlah untuk proses mendidik seterusnya dilakukan.
           
Sebab itu, kita dapati kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan perbuatan watak adiwira filem dan kartun yang mereka minati.

No comments:

Post a Comment