Syaitan
berusaha sedaya upaya mempengaruhi manusia melakukan kejahatan dengan apa
keadaan sekali pun. Justeru, syaitan
sentiasa membisikkan ke telinga perkataan buruk agar diucapkan untuk
menimbulkan keadaan tidak baik berkaitannya.
Malah,
perkataan ‘syaitan’ digunakan dalam maki hamun. Ketika itu pengaruh syaitan lebih kuat berbanding keteguhan iman. Kewarasan fikiran tidak lagi berjaya untuk
mengawal daripada perkataan buruk terus diucapkan.
Perkataan
buruk itu terus diulang-ulang yang dianggap mendatangkan kepuasan atau
menandakan kejayaan. Hakikat yang sebenarnya ialah yang merasa puas dan berjaya
ialah syaitan.
Sesiapa
mencarut bermakna mengikuti sifat syaitan yang sentiasa menimbulkan hubungan
buruk sesama manusia. Perkataan yang
tidak sanggup diucapkan ketika keadaan biasa akan terkeluar juga apabila diri
dikuasai oleh syaitan.
Justeru,
bahasa mencarut dan kasar tidak wajar diucapkan dalam apa jua keadaan. Kalaupun ingin menggambarkan keburukan
seseorang, masih banyak perkataan baik boleh digunakanut mengelak penggunaan maksud
buruk. Cara itu melambangkan kematangan
dan peribadi baik penuturnya.
Individu
yang terus atau suka menggunakan perkataan buruk termasuk golongan menzalimi
diri sendiri. Apa yang dilakukan itu
meletakkan dirinya dalam kerugian yang berterusan dan semakin menjauhkan diri
dari kebenaran.
Firman
Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu
panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah yang buruk sesudah beriman, dan sesiapa
yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat,
ayat 11).
Individu
yang tidak menjaga lidahnya daripada mengucapkan perkataan buruk adalah anda
kekuatan imannya belum benar-benar teguh. Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak akan teguh iman seseorang sebelum
hatinya menjadi teguh, dan tidak teguh hati seseorang sebelum kata-katanya
menjadi teguh.” (Hadis riwayat Ahmad).
Menyalahgunakan
fungsi lidah membawa kepada keadaan kufur nikmat yang Allah kurniakan. Banyak
individu yang ditarik balik kebolehan bercakap apabila diserang penyakit lumpuh
atau barah berkaitan mulut dan saluran pernafasan. Ketika itu kita akan merasakan betapa
besarnya nikmat boleh bercakap.
Oleh
itu, hargailah nikmat bercakap dengan mengucapkan perkataan yang baik dan
mengelak daripada mengeluarkan perkataan tidak diradai Allah.
Bidalan
Melayu menyebut ‘lidah tidak bertulang’ bermaksud bebas bercakap jika tidak
dikawal. Sebab itu lidah boleh membawa seseorang berada dalam keadaan bahaya
dan sebaliknya.
Jika kita mempergunakan lidah untuk membaca al-Quran, berzikir, berdoa kepada Allah, amar makruf dan nahi mungkar, atau melakukan ketaatan kepada Allah, ia adalah bentuk kesyukuran terhadap nikmat pancaindera dikurniakan Allah SWT.
Jika kita mempergunakan lidah untuk membaca al-Quran, berzikir, berdoa kepada Allah, amar makruf dan nahi mungkar, atau melakukan ketaatan kepada Allah, ia adalah bentuk kesyukuran terhadap nikmat pancaindera dikurniakan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment