Buah setar juga dikenali
dengan beberapa nama seperti buah star, buah temia, buah rembunia, buah kemior,
buah kundang dan buah ghemia. Pokok atau buah setar menjadi nama kepada
bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah.
Nama saintifik buah setar ialah Bouea macrophylla dari family Anacardiaceae. Pokok ini tumbuhan asal Malaysia dan di kebanyakan negara Asia.
Mungkin kerana bijinya berwarna ungu ia dipanggil buah kundang. Ada juga yang menyebut warna ungu itu warna biji kundang. Betullah tu, biji dia memang warna kundang pun.
Nama saintifik buah setar ialah Bouea macrophylla dari family Anacardiaceae. Pokok ini tumbuhan asal Malaysia dan di kebanyakan negara Asia.
Mungkin kerana bijinya berwarna ungu ia dipanggil buah kundang. Ada juga yang menyebut warna ungu itu warna biji kundang. Betullah tu, biji dia memang warna kundang pun.
Buah setar juga dikenali dengan pelbagai nama seperti ma prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia), mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam).
Pokok buah setar berkanopi besar yang boleh mencecah ketinggian sehingga 18 meter. Boleh dibiakkan menggunakan biji benih atau cantuman mata tunas. Pokok setar ada dua jenis mengikut ukuran duannya iaitu berdaun kecil dan besar.
Pembiakan menggunakan biji benih memakan masa 6-8 tahun untuk berbuah dan 4-5 tahun jika dibiak menggunakan mata tunas.
Buah setar berbentuk bulat hingga lonjong berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada warna kuning atau orange apabila matang.
Buah setar kaya dengan serat dan berjus dan dimakan segar bersama kulitnya sekali apabila matang dengan rasa masam-masam manis bergantung kepada varieti.
Buah yang muda juga digemari dan dimakan segar tetapi agak masam, namun lebih enak dicampur dengan sambal belacan, ditambah dalam rojak atau dijadikan jeruk. Daun muda pokok buah kundang juga boleh dijadikan ulam.
Buah setar berukuran 3-4 cm dan terdapat satu biji yang berwarna purple atau disebut warna ‘biru biji kundang’ yang juga boleh dimakan. Buah setar kaya dengan kandungan vitamin A, C dan serat.
Apa yang pasti buah setar tergolong dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi kini di Malaysia, tetapi bagi negara Thailand buah ini telah mula dikomersilkan dengan menonjolkan varieti yang lebih baik dan manis.
Buah dari Thailand kini banyak diimport masuk Malaysia dengan ukuran buah yang besar rasa manis, berjus dan bersari yang harganya boleh mencecah sehingga RM40 sekilogram. Ia jauh berbeza dengan buah setar yang banyak terdapat atau berasal Malaysia.
Untuk mengembalikan populariti buah setar yang dahulu banyak ditanam di kawasan rumah, pemilihan varieti yang menghasilkan buah lebih besar, lebih manis, lebih berjus dan lebih bersari berbanding yang terdapat sekarang perlu dilakukan. Selain itu pokok yang cepat berbuah juga perlu menjadi pilihan.
No comments:
Post a Comment