Monday 4 November 2024

TRAGEDI HELIKOPTER TUDM TERHEMPAS DI SUNGAI LUNDU

 
Tarikh 18 Disember 1989, sebuah Helikopter NURI milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terhempas akibat cuaca buruk. Insiden berlaku di muara Sungai Lundu, berhampiran Kampung Kuala Bandang, kira-kira 60 kilometer ke barat laut Kuching, Sarawak.

Di dalam kejadian ini, kesemua krew dan penumpang termasuk juruterbang yang terdiri daripada 12 pegawai dan 4 anggota lain-lain pangkat telah terkorban.

Mereka yang terkorban adalah:
- Mej Jen Datuk Mustaffa bin Awang (Panglima 1 Divisyen)
- Brig Jen Datuk Hasbullah Yusof (Panglima 3 Briged)
- Lt Kol Mohd. Johari bin Selan (Pegawai Memerintah 5 RRD)
- Lt Kol Tunku Abdul Aziz bin Tunku Osman (Pegawai Memerintah 13 RAMD)
- Lt Kol Mustaffa Kamal bin Mohd Yusof (Pegawai Staf 1 Operasi, 1 Divisyen)
- Mej Kamaruddin bin Abdul Rashid
- Kapt Mohd Fauzi bin Awas (TUDM – Juruterbang)
- Kapt Zaimi bin Mohd Isroh (TUDM - Pembantu Juruterbang)
- Kapt Tajul Ariffin bin Mohd Jahi
- Lt Raja Roslan bin Raja Mahmood
- Lt Muzaini bin Mustaffa
- Lt Zulkifli bin Abu Samah
- Sjn Udara Koey Hong Chien
- Sjn Ramli bin Kachong
- Sjn Mohd Yaziz bin Idris
- Kpl Remli bin Baharom

Mustaffa dan mereka yang terlibat di dalam penerbangan ke Kem Semantan untuk menghadiri dan menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Risik Tempur yang diadakan di kem berkenaan.

Penerbangan tersebut pada mulanya telah ditangguhkan kira-kira satu jam atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan sebelum dibenarkan berlepas. Ketika helikopter berkenaan berada di Kampung Kuala Bandung, 60 kilometer dari Kuching, cuaca berubah dengan hujan lebat di samping angin kencang yang menyebabkan helikopter hilang kawalan dan terhempas.

Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter berkenaan terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 15 minit berlepas.

TUDM ketika itu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di mana dua pesawat Alouette diatur gerak dalam operasi SAR berkenaan.

No comments:

Post a Comment