Umum mengetahui kekuatan Parti Islam
Se-Malaysia (Pas) terletak kepada penyokong yang taasub. Golongan ini percaya
bahawa Pas itu Islam dan Islam itu adalah Pas. Sebab itu, apa yang diucapkan
oleh pemimpin mereka dianggap “fatwa” yang mesti dipercayai dan dipatuhi.
Dari segi bahasa, fatwa adalah keputusan
tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas
al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau
mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak).
Penyokong Pas yang taasub akan menerima apa
sahaja yang diperkatakan oleh pemimpin mereka walaupun nampak dangkal pada
akal. Menukar pendapat dan keputusan dalam perkara sama mengikut kepentingan
diri sudah menjadi perkara biasa dalam Pas.
Mari kita menyorot kembali beberapa “fatwa”
yang dikeluarkan pemimpin Pas yang dipegang kuat oleh penyokong taasub Pas.
- Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan
mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO pada tahun 1959 atas alasan assabiyah,
sekular dan mengadakan kerjasama dengan bukan Islam. Beliau adalah ahli
Jawatankuasa Ulama Pas dan wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar
Pasir Mas.
- Pada Ogos 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan
mengeluarkan fatwa bahawa: “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang
kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.”
- Pada tahun 1979, Haji Mustafa Abu Bakar,
guru Pondok Pasir tumbuh, Kelantan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan
berikut: “Orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional hukumnya murtad. Orang-orang
UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan iman
sembahyang. Sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh
dimakan. Tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan
Nasional. Sekiranya tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas
yang satu Barisan Nasional, nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri
dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”
- Pada tahun 1981 Pak Chu Hassan dari Pasir
Mas, Kelantan mengeluarkan fatwa menghukum penyokong Barisan Nasional sebagai
kafir.
- Pada tahun 1981 juga, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang mengkafirkan UMNO ketika berceramah di Kampung Banggol Peradong,
Kuala Terengganu.
- Pada tahun 1994, Mursyidul Am Pas, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bahawa menentang Pas adalah haram mengikut
al-Quran.
No comments:
Post a Comment