Kampung Bertam Lama dipisahkan dengan Kampung
Bertam Baru oleh Sungai Nenggiri. Pada masa dahulu, selain menggunakan bot atau
perahu, penduduk antara dua kampung tersebut dan kampung-kampung lain
menggunakan jambatan kereta api untuk melintasi Sungai Nenggiri.
Biarpun berdepan bahaya menggunakan
jambatan kereta api terutama ketika kereta api melalui jambatan tersebut,
penduduk terpaksa menggunakannya sebagai laluan. Ada laluan khas disediakan bersebelahan landasan, pun begitu ia hanya boleh
dilalui pejalan kaki dan bermotosikal atau berbasikal.
Demi memenuhi tuntutan kemajuan dan
keperluan semasa untuk merancakan pembangunan masyarakat setempat, Kementerian
Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperuntukkan kos sebanyak RM9.03 juta
untuk membina jambatan dan jalan penghubung antara di antara Kampung Bertam
Lama dengan Kampung Bertam Baru. Agensi pelaksana projek tersebut adalah
Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang.
Jambatan yang dikenali Jambatan Bertam yang dibina selari dengan jambatan kereta api itu telah siap pada tahun 2022 dan mula
digunakan penduduk,
Jalan raya ini melengkapkan sistem rangkaian
jalan yang menghubungkan kampung-kampung terdekat seperti Kampung Limau Kasturi
dan Kampung Jerek untuk ke bandar Gua Musang dan sebaliknya.
Ia memanfaatkan kepada lebih 5,000 penduduk sekali gus dapat meningkatkan
taraf sosioekonomi penduduk luar bandar dan menjadi pemangkin bagi penduduk
mengeluarkan, menghantar dan memasarkan hasil pertanian.
No comments:
Post a Comment