Wednesday 31 July 2024

MASJID TELOK MANOK, NARATHIWAT

 
Masjid Telok Manok, Narathiwat, Thailand merupakan antara masjid yang tertua di Thailand. Masjid Telok Manok dibina dengan kayu tanpa paku pada tahun 1634 oleh Wan Husein Az-Sanawi. Masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid 300 Tahun dan Masjid Wadi al-Hussein.

Binaannya merangkumi seni bina Melayu, Thai dan Cina. Lokasinya berada dalam perkampungan Melayu di tepi bukit dan tidak jauh dari kawasan tanaman padi.

Masjid ini digunakan solat berjemaah dan aktiviti agama seperti kelas agama dan kelas fardu ain.

Masjid ini wujud sejak zaman kerajaan Pattani yang ketika itu diperintah oleh seorang raja. Penduduk kampung di kawasan itu yang beragama Islam dan Buddha membina masjid itu pada 1634, dan bekerjasama dalam pembinaan masjid.

Kisah legenda menyatakan bahawa semasa peperangan antara kerajaan Siam dan Pattani, seorang wanita muda dari sebuah kampung melarikan diri daripada menjadi mangsa peperangan.

Wanita itu dikatakan membawa bersama-samanya al-Quran di tangannya dan memegannya dengan erat. Ketika melarikan diri, wanita muda itu terjatuh di dalam satu kubang. Nasibnya baik kerana diselamatkan oleh penduduk kampung. Ketika diselamatnya, dia masih memegang erat al-Quran.

Penduduk kampung itu kemudian memutuskan untuk membina masjid selepas perang tamat. Legenda lain menyatakan bahawa masjid itu dibina oleh Wan Husein Az-Sanawi, seorang guru yang berhijrah ke kerajaan Pattani, pada 1624. Al-Quran tulisan tangan itu dan pelan pembinaan masjid itu disimpan di dalam masjid itu. 

No comments:

Post a Comment