Friday 21 June 2024

PEMIMPIN BESAR DUNIA “SEGAN” MELAWAT MALAYSIA

 
Sejak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali menjemput Presiden China, Xi Jinping untuk melawat Malaysia pada tahun 2024 ini sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Tetapi, Xi tak datang juga. Hanya Premier Li yang datang.
 
Presiden China sangat jarang melawat Malaysia sebab mereka dianggap kuasa besar Asia dan dunia.
 
Sebelum Najib menjadi Perdana Menteri, hanya sekali sahaja presiden China melawat Malaysia iaitu lawatan Presiden Jiang Zemin pada tahun 1994 sempena ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik Malaysia-China.
 
Tetapi pada masa Najib menjadi perdana menteri, Presiden China pernah 3 kali melawat Malaysia:
- lawatan Presiden Hu Jintao pada Nov 2009
- lawatan Presiden Xi Jinping pada Okt 2013
- lawatan Presiden Xi sekali lagi pada Nov 2017
 
Begitu juga dengan Presiden Amerika Syarikat. Sebelum Najib, hanya sekali sahaja Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia iaitu lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada Okt 1966.
 
Ketika Najib menjadi perdana menteri, Presiden Obama telah melawat Malaysia dua kali iaitu pada April 2014 dan pada Nov 2015.
 
Presiden Rusia pula pernah lawat Malaysia dua kali. Presiden Vladimir Putin pada Dis 2005 dan Presiden Dmitry Medvedev pada Okt 2010 masa Najib menjadi perdana menteri.
 
Dalam tempoh enam tahun selepas Najib turun pada tahun 2018, masih belum ada apa-apa lawatan Presiden Amerika Syarikah, Presiden China atau Presiden Rusia.
 
Oleh:
Lim Sian See
Pempengaruh media sosial
 
Catatan – Lawatan pemimpin negara luar ke Malaysia ada kaitan rapat dengan hubungan dan saling menghormati antara pemimpin negara berkenaan dengan Perdana Menteri Malaysia. 

No comments:

Post a Comment