Wednesday 13 December 2023

PASKAU PASUKAN ELIT TLDM

 
Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ia ditubuhkan pada 1 Oktober 1980. Ini bermakna ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai pasukan elit sendiri. Tentera Darat Malaysia (TDM) ada Grup Gerak Khas (Komando) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ada Pasukan Khas Udara (PASKAU).
 
Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi di pantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi di darat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi di kapal khas, kepakaran antipengganas, operasi membersihkan periuk api di darat mahupun di perairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
 
Keanggotaan PASKAL turut diletakkan di bawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang di bawah pengawasan kapal TLDM.
 
PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian di bawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV (Underwater Delivery Vehicle), bot laju dan kenderaan marin yang lain.
 
Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.
 
Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa.
 
Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.
 
Latihan kelayakan PASKAL :
- Ujian kelayakan
- Kursus Asas Komando PASKAL (meliputi darat, laut dan hutan serta paya)
- Penyelam Kapal
- Penyelam Tempur Oksigen
- Asas Payung Terjun
- Tempur Jarak Dekat
- Tempur Tanpa Senjata.
 
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing-masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi.
 
Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan dan kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota.
 
Antara ujian yang dijalankan ialah:
- Larian 7.8 kilometer dalam masa 28 minit
- Berenang 1.5 kilometer tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
- Berenang 6.4 kilometer di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
- Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan, laut, bukit.
- Renang gaya bebas 1.5 kilometer dalam masa 31 minit.
- Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7 meter.
- Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)
 
Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak.
 
Lebih 30 pelantar petroleum di perairan Malaysia adalah di bawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum di seluruh perairan Malaysia.
 
Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.

No comments:

Post a Comment