Friday 18 December 2020

POKOK KEDONDONG MUDAH DITANAM

Kedondong (Spondias cytherea) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Anacardiaceae. Pokok kedondong kini banyak ditanam di laman rumah sebagai pokok hiasan selain tujuan utama untuk mendapatkan buah. Buah kedondong boleh dimakan segar atau di proses buat jeruk.

Buah kedondong dipercayai natif di kawasan Asia Tenggara dan juga Asia Selatan dan ditanam menggunakan bahan tanaman daripada biji, keratan, tut atau daripada benih cantuman.

Biji buah kendondong cepat bercambah iaitu kurang dari satu bulan. Pokok dari benih tut mampu menghasilkan buah dalam masa satu tahun sementara benih dari biji selama 4 tahun.

Pokok kedondong tahan pada keadaan kemarau di mana banyak daun akan gugur tetapi pada waktu ini lazimnya banyak bunga akan keluar berbanding pada musim hujan.

Buah kendondong berbentuk bulat seperti bola atau bulat lonjong panjang dengan 4-10 cm pnjang dan 3-8 cm lebar dengan warna hijau ketika muda dan kekuningan atau oren apabila masak.  

Isi buah kedondong adalah masam atau ada varieti yang agak manis dengan biji yang keras serta berduri dan berserabut. 

Kajian makmal mendapati buah kedondong mengandungi 60 -85% air, 0.5 - 0.8% protin, 0.3-1.2% lemak, 8 -10% sukros1-3.8% serabut serta kaya dengan vitamin C dan zat besi.

Buah kendondong yang banyak mengandungi vitamin C dan zat besi penting dalam pembentukkan haemoglobin dalam darah dan mollekul sitokrom. 

Kandungan unsur pektin iaitu sejenis serabut larut dalam buah kedondong juga berguna dalam mengurangkan kolesterol dalam darah terutama kolesterol LDL.

Buah kedondong yang masih hijau kulitnya dimakan segar dimakan begitu saja atau dicecah dengan garam atau ada yang makan dengan asam boi. Paling sedap jika dijeruk terlebih dahulu.

Buah kedondong juga sesuai untuk dijadikan ramuan rojak, dimasak kari, dibuat acar buah malahan boleh menggantikan mangga atau limau nipis dalam membuat sambal belacan. Buah kedondong juga sering dibuat kerabu.

Buah kedondong yang masaak ranum pula boleh dibuat jus, jeli, jem dan sup.

1 comment:

  1. Testimoni 7
    ▪️Muhammad Iman Nashriq, umur 2 tahun. Mengidap penyakit lelah sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan, sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa² perubahan. Ibunya cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.

    ➡️Testimoni tu kalau buka website die ,ada sekali gambar pesakit.

    ➡️Sy sarankan kepada sesiapa yg ada sakit kanser ,cubalah ikhtiar cara ni selain usaha dengan rawatan doktor, tak salah kalau kita rawat cara alternatif lain, lagipun dari pengalaman saya sendiri yang mengidap penyakit kronik, ubat kanser tak ada di pusat rawatan, kimo memang membantu tapi merawat cara alternatif ni dah mula diterima masyarakat, cuma carilah yang betul² nak bantu merawat,bukanlah nak kaut untung semata².

    ➡️Ni sy tinggalkan sekali nombor utk dihubungi.Kot nak tanya apa²...
    En Mohd Zuhairi Bin Noordin 0174687570

    Sebarkan untuk kebaikan bersama.

    Terima kasih banyak²

    ReplyDelete