Sunday, 8 July 2018

IKAN SAGAR DI KOTA JEMBAL KEDAI LALAT

Ikan segar menjadi pilihan surirumah. Mereka sanggup memandu jauh semata-mata untuk mendapatkan bekalan ikan segar. Satu lokasi membeli ikan segar terkenal di Kota Bharu ialah pasar sehari atau pasar nat di Kota Jembal atau Kedai Lalat.

Kota Jembal sebuah pekan terletak kira-kira 8 kilometer dari Kota Bharu. Kota Jembal menjadi tumpuan penduduk sekitar Kota Bharu, Kubang Krian, Pengkalan Chepa dan Bachok untuk membeli keperluan harian pada setiap pagi Jumaat, termasuk ikan segar. 

Pasar di Kota Jembal hanya mendapat sambutan pada pagi Jumaat. Beratus peniaga berniaga di kawasan yang dikhususkan sama ada di petak bangunan tetap ataupun gerai mudah alih. Salah satu sudut dikhususkan untuk peniaga ikan basah atau ikan segar.

Peniaga ikan segar di pasar Kota Jembal menawarkan pelbagai jenis ikan segar, sotong, udang, ketam dan hidupan bercengkeram seperti lala, tijah dan kerang. Ikan dijual bukan sahaja segar, bahkan lebih murah berbanding tempat lain. Sebab itu ramai pembeli sanggup datang dari tempat yang jauh semata-mata ingin mendapat ikan segar dengan harga lebih murah.

Memandangan peniaga ikan hanya berniaga di pasar Kota Jembal pada pagi Jumaat sahaja, maka mereka akan berusaha untuk menghabiskan bekalan ikan dijual pada hari itu juga.

Situasi itu menyebabkan mereka akan melelong ikan dan hasil jualan lain dengan harga lebih murah apabila waktu telah melebihi pukul 12.00 tengah hari. Peniaga akan menutup peniagaan pada kira-kira pukul 1.00 tengah hari untuk pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Pasar mula beroperasi kira-kira pukul 08.00 pagi.

No comments:

Post a Comment