Wednesday, 19 August 2026

SINDIRAN DIJADIKAN ASAS SAMAN FITNAH

 
Sindiran dijadikan asas saman fitnah. innuendo bermaksud sindiran, kiasan, pertanyaan atau bayangan yang disampaikan secara tidak langsung, biasanya membawa maksud yang tersembunyi, negatif, atau berbaur serkap jarang.

Biarpun ia tidak dinyakan secara langsung atau terang-terang, jika perkara ini telah diulang-ulang dan terus diperkatakan biarpun telah dipejelaskan secara sepatutnya oleh pihak yang tujukan perkara itu, maka ia boleh bertukar kepada status atau kedudukannya bukan lagi sindiran, kiasan atau pertanyaan.

Dalam konteks undang-undang, khususnya kes saman fitnah, ia merujuk kepada makna tersirat yang boleh difahami oleh orang awam yang munasabah melalui pembacaan tersirat (reading between the lines) tanpa memerlukan sebarang fakta luaran yang khusus.

Dengan kata lain, tuduhan-tuduhan yang diulang berkali-kali walaupun dibungkus rapi dalam bentuk soalan berniat jahat atau innuendo bukan sahaja mencemarkan nama seseorang, malah berisiko menyesatkan masyarakat untuk menerima tuduhan melampau sebagai kebenaran.

Mahkamah di Malaysia sudah berulang kali menegaskan bahawa undang-undang tidak melindungi fitnah yang berlindung di sebalik modus operandi hanya bertanya soalan.

Prinsip undang-undang adalah jelas di mana innuendo dan soalan jahat tetap boleh disaman berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh hakim dijadikan duluan atau panduan kepada hakim-hakum terkemudian.

Antaranya kes Dato Seri Anwar Ibrahim v. Utusan Melayu 2013 mahupun kes Lim Guan Eng v. Perkasa & Ibrahim Ali 2021 yang menegaskan bahawa sebarang sindiran atau soalan yang direka khas untuk membentuk tanggapan negatif terhadap reputasi seseorang tetap merupakan fitnah yang boleh dituntut di mahkamah.

Selain itu, hak menjawab tidak menghalalkan fitnah seperti yang ditetapkan dalam kes Syed Husin Ali v. Utusan Melayu 1973 di mana mahkamah memutuskan bahawa perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk merendahkan maruah seseorang di mata masyarakat umum adalah tidak wajar, walaupun pengkritik menggunakan ayat berbentuk soalan.

Jadi, kepada mereka yang aktif di media sosial, jangan jadikan sindiran, kiasan, pertanyaan atau bayangan untuk melepaskan diri daripada tindakan saman fitnah, jika perkara itu boleh difahami oleh orang awam yang munasabah melalui pembacaan tersirat tanpa memerlukan sebarang fakta luaran yang khusus.

Gambar sekadar hiasan. 

No comments:

Post a Comment