Thursday, 10 September 2026

BERJUANG DI ATAS NAMA ISLAM

 
Berjuang di atas nama Islam. Umat pada zaman awal penyebaran Islam di Mekah dan Madinah, berhijrah daripada kekufuran menyembah berhala kepada menyembah Allah Yang Maha Esa.

Saat awal mereka memeluk Islam, mereka diserang menerusi lisan dan fizikal oleh kufur Quraisy, kaum mereka sendiri tetapi mereka diam tidak melawan.

Kenapa tidak melawan, bukan kerana mereka lemah tetapi kerana mahu berdakwah dengan kaum mereka. Berdakwah secara hikmah. Mereka sayangkan kaum mereka.

Setelah Hamzah ibnu Abdul Mutallib dan Umar ibnu Khattab memeluk Islam, Allah berikan kekuatan kepada muslimin. Mereka berdakwah secara terbuka. Akibatnya, semakin hebat tentangan dari kufur Quraisy sehingga mereka terpaksa berhijrah ke Madinah untuk kelangsungan  dakwah.

Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq, semuanya berlaku dekat Madinah. Bukannya muslimin menyerang kufur Quraisy di Mekah. Kufur Quraisy datang menyerang, maka semestinya muslimin pertahankan diri mereka dengan melawan balik.

Muhajirin masih sayangkan kaum mereka dan berharap mereka memeluk Islam tetapi  berdiam diri saat agama mereka diserang bukanlah pilihan yang terbaik dalam setiap situasi.

Ketika peperangan kufur Quraisy melawan muslimin di Madinah lebih bermaksud untuk memerangi Quraisy yang telah memeluk Islam dan ikut bersama Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Kufur Quraisy tidak mahu lebih banyak kaum mereka di Mekah turut memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah.

Para sahabat Ansar turut terlibat mempertahankan muslimin Quraisy biarpun peperangan itu lebih melibatkan sesama kaum. Ini kerana umat Islam melakukan sesuatu bukan kerana kaum, tetapi atas akidah yang sama.

Islam menjadikan kita semua bersaudara. Islam memecahkan tembok bangsa, kabilah, suku kaum atau warna kulit.

Jadi, jika ada isu melibatkan Islam di mna-mana sahaja, termasuk di Malaysia, seluruh muslim perlu bersatu tanpa mengira kaum atau bangsa.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment