Maksud jemeruk dialak Kelantan. Dalam dialek Kelantan,
perkataan jemeruk bermaksud sesuatu yang berlaku berturut-turut atau berlaku
pada masa yang sama, seperti kenduri-kendara atau peristiwa yang bertindih.
Dikatakan jemeruk jika seseorang dijemput menghadiri majlis
yang sama serentak. Jika majlis tersebut diadakan serentak dan orang yang
bercakap itu tidak dijemput, maka tidak dikatakan jemeruk baginya.
Dengan kata lain, perkataan jemeruk digunakan untuk
memberitahu atau menjelaskan bahawa dia banyak mendapat jemputan serentak atau
perlu melibatkan diri dalam majlis tersebut, dan bukan menyatakan tentang
majlis dilakukan serentak.

No comments:
Post a Comment