Kisah durian kampung premium. Ada orang tanam durian tidak
pentingkan nama benih. Dia tanam sahaja. Apa yang penting kualiti buahnya nanti
diharapkan elok. Kalau tidak berkualitipun, itu dikira nasib sebab dia bukan
pentingkan sangat untuk dijual. Ada tanah kosong dan terbiar, lalu ditanam anak
benih pokok, termasuk durian.
Inilah agaknya senario dilalui penanam durian ini. Katanya,
durian itu ditanam kira-kira lima atau enam tahun lalu semasa Covid. Dia tidak
pasti nama klon atau varieti durian tersebut. Jadi, dia panggil durian kampung
sahaja.
Malah, dia berseloroh kalau ada sesiapa hendak cadangkan
nama durian tersebut yang diakui berkualiti tinggi dengan isinya tebal dan
beraroma menyegarkan.
Ada yang mendakwa itu durian kacukan yang telah ada nama,
tetapi yang menanamnya tidak ambil kisah tentang namanya ketika membeli anak
benih tersebut. Setelah ditanam, membesar dan berbuah, nama itu tidak penting
bagi pemiliknya.
Sebagai jalan mudah dikatakan durian kampung premium kerana
ditanam di kampung dan kualitinya premium. Begitulah alkisahnya.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment