Umbut kelapa adalah pangkal pucuk batang
pokok kelapa yang lembut dan boleh dimakan. Umbut kelapa diperoleh apabila ada
pokok kelapa yang ditebang, tanpa mengira berapa umur pokok kelapa itu. Ini
kerana bahagian umbut berada pada bahagian atas dan akan ada umbut selagi
proses tumbesaran pokok kelapa berlaku (terus hidup) biappun telah berusia
puluhan tahun.
Proses
mendapatkan umbut ialah memotong batang yang masih ditutupi pelepah. Umbut
lembut terdapat di dalam bahagian yang masih ditutupi pelepah. Bahagian lembut
itu bakal menjadi keras apabila pelepah telah berkembang dan menjadi batang
matang apabila pelepah telah gugur.
Umbut
kelapa mempunyai rasa yang berlemak, manis sikit dan
rangup. Memang sedap! Ia boleh dimakan mentah, tetapi biasanya ia dijadikan
acar untuk jamuan kenduri kahwin sebagai hidangan istimewa.
Memandangkan tidak banyak pokok kelapa
ditebang, maka untuk mendapatkan acar umbut kelapa agak sukar. Kalau berpeluang
makan acar umbut kelapa dikira bernasib baik.
Cara membuat acar kelapa adalah sama dengan
mana-mana jenis acar lain. Apa yang penting ialah ada umbut kelapa. Umbut
kelapa itu dipotong kecil dan dibersihkan. Resipi acar kelapa nanti ikut cita
rasa masing-masing. Kalau tidak pernah membuatnya (acar), bolehlah cari di internet. Pilih mana-mana resipi yang dirasakan memenuhi cita rasa sendiri. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment